Mata pelajaran Sejarah adalah antara subjek yang dianggap membosankan kerana membabitkan banyak perkara, tarikh serta nama-nama pembesar atau individu penting yang terbabit dalam sesebuah peristiwa.
Bagaimanapun, rata-rata semua pelajar tahu kedatangan British menjajah Tanah Melayu pada ketika itu adalah bertujuan menguasai hasil bumi seperti biji timah selain kedudukan Tanah Melayu yang strategik berada di pusat laluan pedagang.
Bagaimanapun, seorang pengguna Twitter, Nabila Huda Tahar membidas kenyataan usahawan tudung, Datin Vivy Yusof yang berkata kepada anaknya bahawa British menjajah kerana ingin membantu membangunkan negara.
Menerusi rakaman dimuat naik menerusi IG Story Vivy juga dapat didengar dengan jelas gambar-gambar orang besar British itu diambil sebagai tanda penghargaan pada bantuan mereka membangunkan negara.
Ramai netizen terpanggil untuk mengulas mengenai perkara itu. Rata-rata mereka sama sekali tidak bersetuju dengan penerangan yang Vivy katakan kepada anaknya.
Malahan, ada yang mempertikaikan sebagai seorang individu yang memiliki ijazah undang-undang serta pernah diangkat sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), dia sepatutnya mempunyai asas pengetahuan kuat berkaitan sejarah Malaysia.
Oh, patutlah selama ini pandangannya dalam perniagaan begitu! - CARI |