CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 350|Reply: 0

[Kelantan] Tak penting, tak perlu rentas sempadan

[Copy link]
Post time 24-3-2022 04:05 PM | Show all posts |Read mode

Ahmad Yakob berucap ketika hadir Majlis 'JUPO MATA' bersama rakyat Peringkat Jajahan Tumpat dan merasmikan Taman Bandar Tumpat di Kampung Baru Nelayan. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR

Tumpat: Rakyat Kelantan dinasihatkan tidak melakukan pergerakan ke negara jiran sekiranya tiada urusan penting walaupun sempadan negara bakal dibuka pada 1 April ini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, ia adalah bagi mengelakkan berlaku penularan wabak Covid-19 meskipun jumlah kes harian kini semakin rendah.

"Untuk persediaan pembukaan sempadan ini, kita tunggu apa kata Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta Kementerian Kesihatan (KKM).

"Kita nasihatkan agar pergerakan ke luar negara tidak berlaku untuk perkara yang tidak penting, mungkin hanya membabitkan urusan perniagaan, kalau tiada keperluan, tak payah," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis Jupo Mato Dengan Rakyat peringkat jajahan Tumpat serta pengisytiharan Taman Bandar Tumpat di Kampung Baru Nelayan, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti Kelantan, Datuk Azami Mohd Nor, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan, Kamal Mustapha serta Ketua Jajahan Tumpat, Rusydee Abdullah.

Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan sempadan negara akan dibuka semula sepenuhnya pada 1 April ini selaras dengan peralihan negara ke fasa endemik.

Ahmad turut mengingatkan rakyat negeri ini agar tetap menjaga prosedur operasi standard (SOP) menjelang kedatangan Ramadan.

Menurutnya, walaupun secara purata jumlah jangkitan harian Covid-19 dicatatkan sekitar 600 kes sahaja, ia bukan bermaksud masyarakat boleh mengabaikan keselamatan diri.

"Untuk solat tarawih, insya-Allah kita akan berada dalam saf yang dekat, jemaah masih juga perlu jaga SOP.

"Masa (solat tarawih) tak lama, tiada jamuan (moreh) dan kena sabar. Lebih baik balik minum bersama keluarga di rumah untuk mengelakkan kita berlama di masjid dan tempat awam bagi mencegah penularan wabak," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 11:18 AM GMT+8 , Processed in 0.044926 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list