CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 352|Reply: 0

[Kelantan] RM10 juta tangani masalah banjir kilat di Kota Bharu

[Copy link]
Post time 24-3-2022 04:33 PM | Show all posts |Read mode

AHMAD menanam pokok di Taman Bandar Tumpat di Kampung Baru Nelayan, Tumpat, hari ini. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR

Tumpat: Kerajaan negeri Kelantan meluluskan peruntukan RM10 juta untuk menangani masalah dihadapi akibat banjir kilat di sekitar Kota Bharu.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, peruntukan itu akan digunakan untuk menjalankan kerja berkaitan bagi mengurangkan impak akibat banjir kilat yang kerap berlaku di daerah itu.

"Kita kenal pasti beberapa lokasi akan dijalankan kerja berkaitan termasuk penukaran longkang dan pembersihan alor melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

"Kita harapkan kerja ini dapat dijalankan dalam masa terdekat kerana ia bukan sahaja membimbangkan menjelang kedatangan musim tengkujuh, malah banjir kilat akan berlaku apabila hujan lebat berterusan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu Ahmad hadir dalam majlis 'Jjupo Mato Dengan Rakyat' peringkat jajahan Tumpat serta pengisytiharan Taman Bandar Tumpat di Kampung Baru Nelayan, di sini.

Sementara itu, Pengarah JPS Kelantan, Kamal Mustapha berkata, antara lokasi sasaran adalah Kubang Kerian dan Ketereh yang sentiasa menerima kesan teruk ketika banjir kilat.

Beliau berkata, antara kerja akan dilakukan di lokasi itu dan beberapa kawasan lain adalah pembersihan longkang, penukaran longkang kepada bersaiz besar dan mencuci alor yang menjadi laluan air supaya aliran menjadi lebih cepat.

"Sebenarnya banyak projek perlu dilakukan untuk menangani masalah banjir kilat, tapi kita akan tengok kawasan yang menjadi 'hot spot' serta keperluannya.

"Kita akan mulakan secepat mungkin kerana banyak penggantian perlu dibuat, contohnya baru-baru ini di kawasan Batu 8 di Ketereh, penggantian longkang daripada saiz 1 meter (m) kepada 1.5m dilakukan dan berjaya mengurangkan kejadian banjir.

"Kebanyakan longkang yang ada sekarang sudah berusia lebih 30 tahun dan sememangnya perlu ditukar bagi mengelakkan kesan teruk dialami akibat banjir kilat," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 11:19 AM GMT+8 , Processed in 0.383934 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list