View: 437|Reply: 0
|
[Kedah]
Dua penerbangan bawa pelancong asing tiba di Langkawi 1 April
[Copy link]
|
|
![](https://www.utusan.com.my/wp-content/uploads/WhatsApp-Image-2022-03-27-at-9.30.56-AM.jpeg)
NASARUDDIN Abdul Muttalib (baju kuning) menyertai Program Kayuhan Malam sempena sambutan Earth Hour di Menara Maha, Langkawi malam semalam. - UTUSAN/NUR AMALINA AZMAN
LANGKAWI: Dua penerbangan yang membawa pelancong asing dijangka tiba di pulau pelancongan ini sempena pembukaan semula sempadan negara pada 1 April nanti.
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Nasaruddin Abdul Muttalib berkata, pemain industri pelancongan dan jabatan yang terlibat telah bersedia untuk menerima kedatangan pelancong asing tersebut.
Menurutnya, antara penerbangan yang akan masuk ke Langkawi adalah penerbangan terus ke pulau ini dari Singapura melalui Scoot Air.
“Satu lagi penerbangan adalah Malaysia Airlines yang akan membawa pelancong luar negara yang transit di KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur). Kita akan meraikan kedatangan mereka dengan sambutan yang bersesuaian pada 1 April nanti,” katanya kepada sidang akhbar selepas Program Kayuhan Malam sempena Earth Hour di pekarangan Menara Maha di sini malam semalam.
Pada program itu, Nasaruddin turut menyertai program kayuhan sejauh 10 kilometer (km) mengelilingi pekan Kuah.
Program yang disertai 200 peserta itu merupakan antara acara sempena sambutan ulang tahun ke-32 LADA.
Sebelum ini, LADA menyasarkan seramai 2.2 juta pelancong memasuki pulau ini sepanjang tahun ini dengan 85 peratus daripadanya adalah pelancong tempatan.
Kedatangan pelancong asing dijangka meningkat apabila pembukaan sempadan negara pada 1 April nanti.
Dalam pada itu, Nasaruddin memberitahu, Langkawi menjadi salah satu daripada 7,000 bandar yang menyambut Earth Hour bagi memupuk amalan menjaga kelestarian alam sekitar.
Tambahnya, lampu berwarna-warni yang menerangi Menara Maha itu dipadamkan selama sejam bermula pada 8.30 malam bagi melambangkan bahawa kelestarian alam sekitar perlu diutamakan mengatasi kepentingan lain. – UTUSAN
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|