View: 318|Reply: 0
|
[Pulau Pinang]
Pulau Pinang masih belum terima ulasan bertulis rasmi projek terowong
[Copy link]
|
|
![](https://www.utusan.com.my/wp-content/uploads/WhatsApp-Image-2022-03-29-at-12.51.24-PM.jpeg)
CHOW Kon Yeow bersama-sama anggota perkhidmatan awam berikrar menolak rasuah dalam majlis perhimpunan anggota perkhidmatan awam di Georgetown, Pulau Pinang.
GEORGETOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang masih belum menerima ulasan bertulis rasmi daripada Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) dan Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) berhubung cadangan projek terowong dasar laut.
Sehubungan itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, pihaknya telah menghantar surat peringatan kepada kedua-dua agensi berkenaan supaya segera menghantar ulasan rasmi berkenaan agar kerajaan negeri boleh membuat keputusan berhubung projek itu.
“Ulasan bertulis ini masih belum diterima daripada SPPP dan PPSB berkaitan cadangan projek terowong dasar laut, kami masih menunggu dan berharap. Kita sebenarnya menghantar surat peringatan (kepada SPPP dan PPSB) untuk mendapatkan ulasan kerana kita memerlukan ulasan secara rasmi sebelum membuat keputusan berhubung projek ini kerana kedua-dua agensi ini tidak menyokong projek tersebut,” katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri perhimpunan anggota perkhidmatan awam di sini hari ini.
SPPP pada Sabtu lalu mengesahkan akan menghantar ulasan bertulis tersebut pada minggu hadapan.
Pengerusinya, Datuk Tan Teik Cheng berkata, pihaknya bersama PPSB kini sedang melengkapkannya sebelum diserahkan kepada kerajaan negeri.
Projek terowong dasar laut sepanjang 6.5 kilometer dan tiga jalan utama merupakan salah satu projek yang terkandung dalam Pelan Pengangkutan Induk Pulau Pinang (PTMP) yang bernilai keseluruhan RM46 bilion.
Sebelum ini, dilaporkan syarikat konsesi, Consortium Zenith Construction (CZC) telah menyelesaikan kajian kebolehlaksanaan pada hujung 2020 selepas ditangguhkan selama empat tahun dan menyerahkannya kepada kerajaan negeri pada Disember tahun sama.
Dalam pada itu, ditanya mengenai persoalan Parti Gerakan mengenai ulasan bertulis tersebut yang didakwa diminta selepas kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut dibentang, Kon Yeow berkata, ulasan tersebut sebenarnya sudah diberikan dalam mesyuarat teknikal sebelum ini.
“Ulasan telah diberikan oleh kedua-dua agensi tersebut, namun pendirian itu cuma dicatatkan dalam minit mesyuarat sahaja. Jadi untuk pengesahan kita mahu beri peluang kepada mereka menyatakan pendirian secara hitam putih (ulasan bertulis) supaya mereka boleh sampaikan sebabnya mereka tidak menyokong projek ini di dalam mesyuarat,” katanya. – UTUSAN
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|