CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 309|Reply: 0

[Pahang] Pahang benarkan solat tarawih 20 rakaat, buka puasa di padang

[Copy link]
Post time 31-3-2022 10:41 AM | Show all posts |Read mode

Berbuka puasa di padang MBK1 dibenarkan dan orang ramai perlu menempah slot melalui laman sesawang MBK. Gambar hiasan

KUANTAN - Kerajaan Pahang membenarkan solat tarawih 20 rakaat di masjid dan surau di seluruh negeri itu.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kebenaran itu berikan selepas perkara tersebut diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Task Force Covid-19 Pahang.

"Penganjuran majlis berbuka puasa, moreh, sahur dan program penghayatan ibadah sepanjang Ramadan seperti qiamullail dan tadarus al-Quran dibenarkan.

"Selain itu, kebenaran diberikan bagi pengoperasian aktiviti pasar Ramadan dan Bazar Aidilfitri sepanjang Ramadan tahun ini. Masa perniagaan pasar Ramadan bermula dari 3 petang hingga 8 malam manakala Bazar Aidilfitri dari 12 tengah hari hingga 12 tengah malam," katanya dalam kenyataan, pada Rabu.

Tambah Wan Rosdy, semua peniaga, pekerja dan pelanggan hendaklah lengkap status vaksinasi.

Katanya, pada masa sama peniaga juga digalakkan untuk menyediakan dan menawarkan kaedah alternatif bayaran tanpa tunai bagi mengurangkan sentuhan serta mengelakkan kesesakan berlaku di tapak jualan.

Dalam pada itu Wan Rosdy berkata, aktiviti berbuka puasa di Padang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) 1 juga dibolehkan sepanjang Ramadan ini.

Menurutnya, kebenaran berbuka puasa di Padang MBK 1 diberikan dengan mengambil kira kadar kebolehjangkitan yang rendah di kawasan terbuka.

"Tempahan boleh dibuat secara dalam talian di laman sesawang MBK. Sebanyak 136 lot untuk berbuka puasa disediakan. Kita galakkan tempahan bagi setiap lot dibuat sekurang-kurangnya tiga hari sebelum tarikh berbuka dan tertakluk kepada kekosongan.

"Tempoh masa dibenarkan dari jam 6 petang sehingga jam 8.30 malam," katanya.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... uka-puasa-di-padang
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 08:47 AM GMT+8 , Processed in 0.146894 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list