CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 289|Reply: 0

[Kelantan] 19,500 hektar CTT hutan simpan diluluskan

[Copy link]
Post time 31-3-2022 11:53 AM | Show all posts |Read mode
Kota Bharu: Majlis Tanah Negara meluluskan sebanyak 19,500 hektar Catuan Tebangan Tahunan (CTT) hutan simpan di Kelantan bagi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, perkara itu diluluskan menerusi mesyuarat MTN ke-77 yang bersidang September 2020.

Katanya, tebangan tahunan dari 2021 sehingga 2025 adalah 3,900 hektar setahun.

"Bagi mengelak berlakunya penebangan haram, kerajaan negeri menerusi Jabatan Perhutanan mengambil beberapa pendekatan termasuk penggunaan dron.

"Pada masa sama, kita juga membuat rondaan secara berskala di lokasi panas yang dikenal pasti dalam usaha mengekang kegiatan penebangan hutan secara haram," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakan Saiful Adli Abu Bakar (Pas-Salor) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, ketika mencelah soalan tambahan daripada Adun Salor sama ada hutan simpan boleh dijadikan kawasan pertanian, Ahmad berkata tidak dibenarkan sebarang aktiviti pertanian di hutan simpan kecuali spesis hutan yang dibenarkan seperti pokok durian.

"Dalam 19,500 hektar yang dibenarkan itu, hanya spesis hutan sahaja dibenarkan," katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 08:48 AM GMT+8 , Processed in 0.228906 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list