JEPUN: Takahiro, pempengaruh media sosial terkenal Jepun, baru-baru ini berkongsi pengalamannya di Instagram dan ia tular serta-merta. Ketika kejadian, Takahiro, makan di restoran.
Apabila juadah ikan yang dipesannya sampai, dia menggunakan penyepit untuk mengambilnya.
Dan ketika mencucuk ikan dengan penyepit, ikan itu tiba-tiba membuka mulutnya dan menggigit hujung penyepit tersebut.
Takahiro yang terkejut melihat peristiwa itu merakam aksi ikan yang rupa-rupanya masih hidup di dalam pinggan.
Klip video menggerunkan itu menunjukkan gigi tajam kecil di dalam mulut ikan tersebut.
Menurut Takahiro pengalaman tersebut agak menyeramkan, lapor Arynews.
sarawakvoice.com/2022/04/03 |