Edited by Vellfire at 12-4-2022 04:08 AM


COVID-19 Sarawak : 178 kes baharu, 2 kematianKUCHING: Kes jangkitan harian COVID-19 di Sarawak terus menunjukkan penurunan dengan 178 kes baharu direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif di negeri ini kini sebanyak 302,635 kes.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan berkata dua kematian akibat COVID-19 direkodkan masing-masing satu kes pada 8 dan 9 April.
Kes kematian pada 8 April katanya melibatkan perempuan, 92, dari Kuching yang disahkan meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak serta turut mempunyai penyakit darah tinggi.
Manakala kes kematian pada 9 April melibatkan lelaki, 53, dari Miri yang disahkan meninggal dunia di Hospital Miri dan tiada sejarah penyakit yang diketahui.
Mengenai kes baharu yang dilaporkan, 62 daripadanya adalah kategori satu, 113 kes kategori dua dan tiga kes kategori empat.
Kuching katanya merekodkan kes harian tinggi (56), diikuti Bintulu (24), Miri (22), Sibu (19), Samarahan (13), Bau (13) dan Sarikei (9).
Empat daerah iaitu Limbang, Pusa, Marudi dan Selangau merekodkan dua kes dan satu kes di 14 daerah iaitu Sri Aman, Serian, Lundu, Saratok, Simunjan, Kapit, Asajaya, Dalat, Pakan, Daro, Kabong, Subis, Tatau dan Lubok Antu.
Lima belas lagi daerah iaitu Kanowit, Mukah, Beluru, Meradong, Betong, Matu, Lawas, Tanjung Manis, Belaga, Sebauh, Song, Julau, Telang Usan dan Bukit Mabong merekodkan sifar kes.
JPBNS turut memaklumkan tiada kluster baharu jangkitan COVID-19 diisytiharkan dengan empat kluster masih aktif tanpa penambahan kes baharu.
Sementara itu polis Sarawak mengeluarkan lapan notis kompaun di Kuhcing atas kesalahan gagal mendaftar masuk ke dalam premis melalui aplikasi MySejahtera.
utusanborneo.com.my/2022/04/11
|