CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 419|Reply: 1

[Sarawak] Covid-19 12/04/2022

[Copy link]
Post time 13-4-2022 07:24 AM | Show all posts |Read mode





COVID-19: Empat kematian, 245 kes baharu

KUCHING: Empat lagi kes kematian akibat jangkitan COVID-19 direkodkan di Sarawak, kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

Jawatankuasa menerusi kenyataan hari ini berkata, kes kematian pertama direkodkan pada 16 Mac 2022 melibatkan wanita berusia 61 tahun di Betong.

Katanya, jenazah dibawa ke Hospital Saratok dan kes mempunyai latar belakang penyakit ko-morbid iaitu darah tinggi, kencing manis dan penyakit buah pinggang kronik.

Mengulas lanjut, JPBNS berkata, terdapat satu kes kematian lagi direkodkan pada 8 April 2022 di Hospital Sri Aman melibatkan lelaki berusia 83 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit dislipidemia dan penyakit paru-paru obstruktif kronik.

Sementara itu pada 9 April 2022, dua kematian direkodkan membabitkan seorang wanita berusia 73 tahun dari Sibu dan seorang wanita berusia 67 tahun dari Sarikei.
Kedua-dua kes katanya, mempunyai latar belakang penyakit ko-morbid.

Mengenai kes harian JPBNS berkata, Sarawak merekodkan 245 kes baharu COVID-19 pada hari ini yang sekali gus menjadikan keseluruhan kes meningkat kepada 302,880 kes.

Daripada kes baharu hari ini, 51 kes adalah kategori satu (tiada gejala), 188 kes kategori dua (gejala ringan), empat kes kategori tiga (jangkitan paru-paru) dan dua kes kategori empat (jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen).

Jelas kenyataan itu, daripada jumlah kes baharu terbabit, Kuching merekodkan angka tertinggi jangkitan kes baharu iaitu sebanyak 65 kes, diikuti dengan Miri (35), Sibu (34), Bintulu (24), Samarahan (17), Sarikei (11) dan Serian (10).

Beberapa daerah lain katanya, merekodkan kes di bawah 10 manakala tiada kes direkodkan di daerah Telang Usan, Selangau, Simunjan, Dalat, Pakan, Daro, Tanjung Manis, Sebauh, Song dan Bukit Mabong.

Sementara itu, setakat ini tiada kluster baharu direkodkan dan jumlah kluster yang masih aktif di Sarawak kekal empat.

Mengenai laporan notis kompaun, JPBNS berkata, polis Sarawak telah mengeluarkan tujuh notis kompaun kesemuanya di Kuching kerana gagal mendaftar masuk ke dalam premis melalui aplikasi MySejahtera.

Dengan jumlah itu ujarnya, polis Sarawak sehingga kini telah mengeluarkan sebanyak 13,822 kompaun secara keseluruhan.


utusanborneo.com.my/2022/04/12

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-4-2022 07:26 AM | Show all posts







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 05:52 AM GMT+8 , Processed in 0.394986 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list