
MAUT: Pasukan bomba membantu menaikkan mangsa yang maut selepas terkena renjatan elektrik di Jalan Yayasan Tebagu Kampung Numbak di sini semalam.
KOTA KINABALU: Seorang lelaki maut selepas terkena renjatan elektrik di Jalan Yayasan Tebagu Kampung Numbak di sini semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas Agustavia Joe Guasi berkata kejadian seawal jam 7 pagi itu membabitkan seorang lelaki berumur 37 tahun.
“Pasukan bomba mendapat panggilan kecemasan berkenaan kejadian pada jam 7.03 pagi sebelum menggegaskan sepasukan anggota serta pegawai dari BBP Lintas untuk menjalankan operasi penyelamatan di lokasi sejauh 14 kilometer dari jarak balai.
“Sebaik pihak Sabah Elektrikcity Sdn Bhd (SESB) memutuskan bekalan elektrik di lokasi kejadian, pasukan bomba membantu menaikkan mangsa ke kawasan darat,” katanya.
Menurutnya mangsa yang disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
“Pasukan bomba kemudiannya membuat pemeriksaan di sekitar lokasi bagi memastikan tiada unsur bahaya lain sebelum menamatkan operasi pada jam 9.02 pagi,” katanya.
utusanborneo.com.my/2022/04/12 |