CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 392|Reply: 0

[Sabah] Lidah Budak 6 Tahun Tersangkut Botol Minuman

[Copy link]
Post time 13-4-2022 03:48 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 13-4-2022 07:49 AM



Anggota bomba memotong dan menanggalkan botol minuman yang tersangkut pada lidah kanak-kanak berusia enam tahun. – Foto BOMBA

RANAU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun terpaksa menahan kesakitan selepas corong botol minuman yang diminumnya tersekat pada lidah, petang tadi.

Dalam kejadian jam 2.45 petang itu, kanak-kanak berkenaan dihantar ke Hospital Ranau, sebelum kakitangan hospital itu menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan bantuan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Ranau, Ridwan Mohd Taib, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 2.49 petang dan dua anggota dikejarkan ke lokasi bersama kenderaan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

Katanya, sebaik tiba anggota bomba mendapati lidah mangsa tersekat pada corong botol minuman, bagaimanapun tidak mengalami kecederaan serius.

“Anggota bomba kemudian memotong dan menanggalkan objek itu menggunakan peralatan khas,” katanya dihubungi hari ini.

Beliau berkata, operasi itu berjaya diselesaikan dalam tempoh kurang 10 minit bagi memotong objek yang diperbuat bahan plastik.

“Operasi ditamatkan jam 3.40 petang dan kes diserahkan kepada pihak perubatan hospital untuk rawatan lanjut kepada mangsa,” katanya. – BH Online


sabahpost.net/2022/04/11
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 05:49 AM GMT+8 , Processed in 0.280309 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list