Edited by Vellfire at 14-4-2022 04:17 PM


295 kes baharu COVID-19 di Sarawak hari ini
KUCHING: Sarawak hari ini merekodkan 295 kes baharu menjadikan jumlah kumulatif kes di negeri ini kini sebanyak 303,175.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataannya berkata kes kategori dua (gejala ringan) merekodkan jumlah tertinggi iaitu 192 kes sementara kategori satu (tiada gejala) 96, dua kes masing-masing untuk kategori tiga (jangkitan paru-paru) dan kategori empat ( jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen), tiga lagi kes merupakan kategori lima (jangkitan paru-paru dan memerlukan ventilator).
Menurutnya Kuching merekodkan kes harian terbanyak iaitu 121 diikuti Bintulu dan Miri masing-masing 28 kes, Sibu pula 21 kes, Matu 16 dan Samarahan lapan kes.
Manakala 23 daerah iaitu Serian, Simunjan, Limbang, Kapit, Bau, Lubok Antu, Pusa, Mukah, Saratok, Belaga, Subis, Dalat, Sarikei, Betong, Marudi , Kanowit, Tatau, Sri Aman, Lundu, Asakaya, Lawas, Julau, dan Daro merekod kes harian COVID-19 bawah 10, katanya.
11 lagi daerah tambahnya iaitu Song, Tebedu, Kabong, Meradong, Beluru, Telang Usan, Selangau, Pakan, Tanjung Manis, Sebauh dan Bukit Mabong tidak merekodkan kes baharu COVID-19 hari ini.
Dalam perkembangan sama, JPBNS memaklumkan tiada kes kematian akibat jangkitan COVID-19 di Sarawak direkodkan hari ini.
Jumlah kluster COVID-19 yang masih aktif di Sarawak juga katanya kekal empat setakat ini.
utusanborneo.com.my/2022/04/13
|