CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 505|Reply: 1

[Sarawak] Covid-19 15/04/2022

[Copy link]
Post time 15-4-2022 11:33 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 15-4-2022 03:34 PM






COVID-19: Sarawak catat 189 kes baharu, satu lagi kematian

KUCHING: Sarawak merekodkan 189 kes jangkitan harian baharu COVID-19 hari ini dengan satu kematian di Miri.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan berkata kes kematian di Miri melibatkan perempuan berumur 77 tahun.

Kes katanya dilaporkan meninggal di Hospital Miri dan turut mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan kencing manis.

Mengenai kes baharu yang dilaporkan, 46 daripada adalah kategori satu, 139 kes kategori dua, satu kes kategori tiga dan tiga kes kategori lima.

Kes harian tertinggi direkodkan di Kuching (61), diikuti Sibu (26), Miri (23), Bintulu (19), Serian (6), Kabong (5), Tebedu (5), Samarahan (4), Bau (4) dan masing-masing tiga kes di Dalat, Sarikei, Kapit dan Beluru.

Dua kes masing-masing direkodkan di Lubok Antu, Betong, Asajaya, Mukah, Simunjan, Lawas, Pusa, Daro, Sri Aman dan Sri Aman dan satu kes direkodkan di Julau, Marudi, Lundu, Tatau, Kanowit dan Subis.

Manakala 12 lagi daerah iaitu Matu, Saratok, Limbang, Song, Selangau, Belaga, Meradong, Telang Usan, Pakan, Tanjung Manis, Sebauh dan Bukit Mabong tidak merekodkan sebarang kes.

JPBNS turut memaklumkan satu kluster iaitu Kluster Jalan Taiton, Bau ditamatkan hari ini dengan tiga lagi kluster masih kekal aktif.


utusanborneo.com.my/2022/04/15

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-4-2022 11:35 PM | Show all posts





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 05:59 AM GMT+8 , Processed in 0.308528 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list