

COVID-19: Sarawak catat 121 kes baharu
KUCHING: Jumlah kes baharu COVID-19 di Sarawak merekodkan penurunan apabila merekodkan 121 kes baharu hari ini menjadikan jumlah kumulatif meningkat iaitu 303,771 kes.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) memberitahu, daripada jumlah itu, 53 kes melibatkan kategori satu (tiada gejala) manakala 62 kes merupakan kategori dua (gejala ringan).
"Selain itu, satu kes merupakan kategori tiga (jangkitan paru-paru), tiga kes kategori empat (jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen) manakala dua kes kategori lima (jangkitan paru-paru dan memerlukan ventilator)," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.
Jelas JPBNS, rekod kes baharu hari ini melibatkan daerah Kuching sebanyak 35 kes, Miri (19), Bintulu (18), Limbang (13) manakala Sibu (11).
"Selain itu, lima kes direkodkan di Kota Samarahan, Serian (empat), Simunjan, Daro, Kanowit dan Selangau masing-masing dua kes manakala Dalat, Sarikei, Lubok Antu, Asajaya, Mukah, Pusa, Subis san Pakan merekodkan satu kes," jelasnya.
Sementara itu, JPBNS menambah terdapat dua kluster tamat iaitu Kluster Jalan Bukit Mata dan Kluster Jalan Padungan yang melibatkan daerah Kuching.
Katanya, selepas tamat dua kluster berkenaan menjadikan Sarawak mempunyai satu kluster yang masih aktif.
Pada masa yang sama, JPBNS meberitahu tiada kes kematian dilaporkan hari ini.
utusanborneo.com.my/2022/04/16
|