View: 452|Reply: 1
|
[Kelantan]
Kolej Tingkatan Enam pertama di Kelantan
[Copy link]
|
|
Radzi Jidin (kiri) meninjau tapak pembinaan Kolej Tingkatan Enam yang pertama di Kelantan di Bukit Cina. FOTO Ihsan KPM
Kota Bharu: Kementerian Pendidikan (KPM) bakal membina Kolej Tingkatan Enam yang pertama di Kelantan.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, kolej berkenaan bakal dibina di Bukit Cina yang bersempadan di antara Ketereh dan Machang.
Katanya, kolej berkenaan akan dilengkapi dengan 20 bilik darjah serta kemudahan lain sekali gus memberi peluang kepada anak-anak Kelantan untuk mengikuti pendidikan peringkat lepasan menengah di premis kolej yang lengkap.
"Ketika ini terdapat 23 Kolej Tingkatan Enam yang sedang beroperasi di seluruh negara dan kini Kelantan juga bakal mempunyai Kolej Tingkatan Enam pertama dengan premis dan pentadbiran sendiri.
"Kolej berkenaan dibina di lokasi strategik berhampiran jalan utama yang menghubungkan Kota Bharu dan Gua Musang.
"Pastinya pembinaan kolej ini dapat terus memacu kecemerlangan pendidikan negara melalui penyediaan infrastruktur pendidikan yang lebih baik demi anak-anak generasi pewaris negara, khususnya di Kelantan," katanya menerusi kenyataan media di Facebook.
Radzi yang terlebih dahulu meninjau di lokasi tapak pembinaan itu turut berterima kasih kepada pegawai Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) yang memberikan taklimat.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... pertama-di-kelantan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
strategik ke lokasi tu.... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|