CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 303|Reply: 0

[Kelantan] 57 notis kompaun dikenakan kepada peniaga sepanjang Ramadan

[Copy link]
Post time 18-4-2022 12:41 PM | Show all posts |Read mode
TUMPAT: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mengeluarkan 57 notis kompaun mengikut Seksyen 32B Akta Makanan 1983 kepada pengendali makanan yang melakukan kesalahan sepanjang Ramadan ini.

Pengarahnya, Datuk Dr Zaini Hussin, berkata semua notis dikeluarkan itu membabitkan nilai RM6,400 dengan kesalahan utama tidak menghadiri latihan pengendali makanan dan berpakaian tidak sesuai.

"Daripada 57 notis itu, dua dikenakan kepada pengendali makanan yang tidak menerima suntikan antitifoid.

"Kita memandang serius semua kesalahan dilakukan memandangkan kebersihan makanan adalah satu agenda yang penting," katanya selepas melancarkan Kempen Budaya 3-M Bazar Ramadan 2022 peringkat negeri di perkarangan Pasar Besar Wakaf Bharu, di sini, hari ini.


Beliau yang diiringi Ketua Jajahan Tumpat, Rusydee Abdullah, turut meninjau tapak Bazar Ramadan Pasar Wakaf Bharu sambil mengagihkan Kit Keselamatan Makanan kepada pengusaha gerai.

Dr Zaini berkata, sebanyak 30 sampel makanan sedia dimakan sudah diambil bagi analisa mikrobiologi dan 35 lagi untuk analisa kimia.

Beliau berkata, satu daripada sampel itu dikesan mengandungi 'Staphylococcus aureus' dalam gulai telur itik.

"Pada 2019, lapan sampel tidak mematuhi dan dikesan mengandungi Salmonella spp dalam makanan berasaskan ayam serta cendol dan dua kes pendakwaan sudah dijalankan dengan nilai denda sebanyak RM3,500.

"Persampelan dan pemeriksaan premis makanan akan diteruskan pada minggu berikutnya dan sepanjang Ramadan ini juga, sebanyak 16 kilang ais turut diperiksa," katanya.

Sementara itu, Dr Zaini berkata, pada tahun ini sebanyak 65 bazar Ramadan berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh Kelantan dengan 3,780 petak gerai.

"Kami menubuhkan 54 pasukan pemantau membabitkan 194 kakitangan bagi menjalankan pemeriksaan dan penguatkuasaan.

"Pemeriksaan ini juga membabitkan penjaja sementara di seluruh daerah bagi memastikan makanan dijual selamat dimakan dan tidak menjadi punca penyakit bawaan air serta makanan," katanya.


Dr Zaini (tengah) meninjau gerai jualan Bazar Ramadan Wakaf Bahru. NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR
https://www.bharian.com.my/berit ... a-sepanjang-ramadan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 01:14 AM GMT+8 , Processed in 0.043301 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list