CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 372|Reply: 0

[Kelantan] Polis Kelantan beku cuti anggota, pegawai

[Copy link]
Post time 18-4-2022 12:51 PM | Show all posts |Read mode

Shafien (dua dari kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada pegawai terpilih sambil disaksikan oleh Zaizul Rizal (kiri) semasa Majlis Penyampaian Sumbangan dan Berbuka Puasa di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh pada Ahad.

PASIR PUTEH - Polis Kelantan telah membekukan cuti seluruh anggota dan pegawainya bagi memberi tumpuan terhadap penugasan sepanjang sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, ia selari dengan ketetapan yang diputuskan oleh pucuk pimpinan tertinggi pasukan yang membenarkan 10 peratus daripada kekuatan penuh anggota dibenarkan untuk bercuti.

"Kami tahu anak-anak Kelantan di perantauan akan pulang ke kampung halaman masing-masing.

"Polis Kelantan akan berusaha sebaik mungkin bagi memastikan penugasan dan operasi sepanjang tempoh musim perayaan berjalan lancar," katanya kepada pemberita semasa Majlis Penyampaian Sumbangan dan Berbuka Puasa di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh di sini pada Ahad.

Hadir sama Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria.

Menurutnya, masyarakat turut disaran untuk memberikan kerjasama penuh kepada polis di sepanjang musim perayaan.

Dalam perkembangan lain, Shafien berkata, kawalan sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini akan terus diperketatkan dalam usaha mencegah aktiviti jenayah terutama penyeludupan bermula awal Ramadan sehingga Syawal.

Beliau berkata, setiap elemen seperti Pasukan Polis Marin (PPM), Pasukan Gerakan Am (PGA), Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan sebagainya telah ditugaskan untuk kawal pintu sempadan.


"Kita tidak mahu menjelang Syawal ini berlaku aktiviti jenayah rentas sempadan. Untuk makluman Unit Anjing Pengesan (K9) dan Unit Berkuda turut digerakkan dalam penugasan kawalan sempadan," katanya.

Shafien berkata, pihaknya sama sekali tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak atau individu yang terlibat dalam aktiviti jenayah rentas sempadan.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... uti-anggota-pegawai
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 01:16 AM GMT+8 , Processed in 0.041056 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list