View: 632|Reply: 0
|
[Johor]
Jual kerepek usaha balik raya
[Copy link]
|
|
MOHD Nor Hakim menunggu pelanggan di kawasan parkir Pusat Komersial UDA. FOTO Nur Aisyah Mazalan
Johor Bahru: Walaupun diuji dugaan berat apabila kehilangan kerja dua kali berturut-turut, seorang lelaki nekad berusaha menjual kerepek dari keretanya bagi pulang berhari raya di Terengganu.
Mohd Nor Hakim Haim, 32, berkata, beliau berusaha keras bagi memastikan kerinduan isterinya untuk pulang berhari raya ke Chendering dapat diubati.
Nor Hakim yang menjual kerepek dhal pelbagai perisa, rempeyek selain bawang goreng di parkir kawasan tumpuan berkata, usaha menjual kerepek dari kereta itu dilakukan sebagai usaha terakhir selepas wang simpannya semakin menyusut.
"Saya sebelum ini bekerja sebagai mekanik di Singapura selama lima tahun namun dua minggu selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada 18 Mac 2020, perkhidmatan saya ditamatkan.
"Saya kemudian dapat kerja sebagai penghantar barang di sebuah syarikat kurier baharu. Namun pada Disember lalu, perkhidmatan saya sekali lagi ditamatkan apabila syarikat itu menutup operasinya.
"Sejak itu,saya dan keluarga bertahan dengan wang simpanan selain saya melakukan pelbagai pekerjaan termasuk sebagai buruh kasar.
"Namun saya tidak mahu berputus asa dan mahu menunaikan harapan isteri untuk pulang beraya dengan mula berniaga kerepek dhal dari kereta di parkir kawasan awam sekitar bandar raya ini sejak awal Ramadan lalu," katanya ketika ditemui.
Mohd Nor Hakim berkata, beliau akan keluar seawal pagi bagi memulakan jualan di parkir awam di Pasar Taman Universiti sebelum beralih ke parkir awam Pusat Komersial UDA dari 10 pagi hingga waktu Zuhur.
"Selepas solat Zuhur saya akan beralih ke kawasan parkir awam di Bazar Ramadan Kampung Pasir,Tampoi sehinggalah petang," katanya.
Walaupun ketika mula berniaga awal Ramadan lalu, hanya satu paket kerepek dhal berjaya dijual, namun berkat kesabarannya, semakin ramai membeli kerepek dijualnya.
"Saya bukan peniaga besar yang mampu menyewa bazar atau premis namun saya bersyukur atas rezeki yang Allah berikan.
"Saya juga sedang dalam proses menjual rumah yang dibeli di bandar raya ini bagi melunaskan hutang. Duit baki jualan rumah itu akan saya gunakan untuk membina sebuah rumah di kampung saya di Kampung Baru, Senggarang, Batu Pahat.
"Saya dan keluarga akan membina hidup baru di Senggarang dan mengusahakan kebun kelapa sawit tinggalan keluarga apabila urusniaga penjualan rumah di sini selesai," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ek-usaha-balik-raya |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|