View: 5121|Reply: 76
|
[Tempatan]
Sistem sekolah boleh kritikal jika bersara awal berterusan
[Copy link]
|
|
Sistem sekolah boleh kritikal jika bersara awal berterusan
https://www.utusan.com.my/nasion ... ra-awal-berterusan/
Oleh AHMAD FADHLULLAH ADNAN
22 April 2022, 7:27 am
KERATAN akhbar laporan Utusan Malaysia 22 Mac 2022.
PETALING JAYA: Sistem persekolahan boleh menjadi kritikal sekiranya trend persaraan awal dalam kalangan guru yang dilihat hampir menyamai kadar guru bersara wajib berterusan.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Amin Senin berkata, satu kajian komprehensif perlu dibuat bagi melihat permasalahan yang dihadapi secara keseluruhannya serta penyelesaian bagi menghadapinya.
Kata beliau, ini kerana trend tersebut bakal memberi masalah besar sekiranya kerajaan terutama Kementerian Pendidikan tidak mengambil langkah atau tindakan awal bagi menanganinya.
“Saya melihat trend ini perlu dikaji betul-betul sama ada apakah ia fenomena sementara atau berterusan begitu.
“Jika berterusan, ia boleh beri kesan kepada guru yang ada kerana unjuran dalam pengisian perjawatan dipakai sekarang bersasar kepada guru bersara wajib. Apabila bersara awal semakin meningkat, maka perlu dilihat bagaimana nak tampung kekosongan guru,” katanya ketika dihubungi.
Mac lalu, media melaporkan, Kementerian Pendidikan dalam proses memperincikan data serta penilaian sebenar berhubung trend persaraan awal dalam kalangan guru yang dilihat hampir menyamai kadar guru bersara wajib.
Perincian bukan sahaja dari segi jumlah, namun turut meliputi beberapa perkara lain termasuk mengenai sebab, punca, usia, serta pengalaman dalam karier perguruan bagi yang memohon bersara awal.
AMIN SENIN
Menurut Amin, unjuran lima tahun ke depan mungkin perlu dibuat kerana pelajar memerlukan masa empat hingga lima tahun sebelum boleh menjadi guru.
“Tetapi ketika ini tidak begitu kritikal, cuma kemungkinan trend ini berterusan, maka ia perlu difikirkan,” katanya.
Sementara itu, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) pula menyifatkan antara punca utama guru baharu bersara awal adalah kerana sangat tertekan dengan budaya kerja yang banyak dicampur-aduk dengan tugas lain yang tidak relevan.
Presidennya, Aminuddin Awang berkata, peranan guru adalah mendidik anak bangsa tetapi yang berlaku hari ini adalah guru lebih dibebankan dengan kerja pentadbiran dan pengurusan data.
“Kita kena lihat punca itu secara keseluruhan. Tak adil meletakkan satu punca sebagai faktor utama kerana ia mungkin gabungan pelbagai faktor yang lain.
“Banyak faktor lain boleh diambil kira seperti ketahanan kesihatan. Apabila masuk dalam kelas dan hadap anak murid, guru banyak memerlukan tenaga sebab banyak berfikir dan bercakap, jadi ia berlainan dari kerja lain yang tidak melibatkan anak murid.
“Ada kewajaran mungkin beban kerja itu punca utama, tetapi kita jangan cepat berikan kesimpulan sebab takut itu hanya fenomena semasa. Sebab itu kita kena kaji betul-betul untuk elak dari buat keputusan tak betul,” jelasnya. – UTUSAN
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
cikgu ootd bajet hot kan ramai
apa nk risau |
|
|
|
|
|
|
|
cikgu tiktok bigo iglive kan hadooooo |
|
|
|
|
|
|
|
ramai lg yg nak jd cikgu tp xdpt..bukak je lg penempatan utk cikgu baru2... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau ambil guru-guru baru tak adalah isunya... dia buat statement persaraan awal ini akan menyebabkan kehilangan guru berpengalaman. pengalaman bertugas itu tidak ada pada guru-guru baru.
|
|
|
|
|
|
|
|
bila pentadbirnya semakin menggila |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai apply utk jadi guru tapi tak berjaya. |
|
|
|
|
|
|
|
ninja9 replied at 22-4-2022 07:27 PM
kalau ambil guru-guru baru tak adalah isunya... dia buat statement persaraan awal ini akan menyeba ...
Aku pernah dengar kawan yg cikgu cerita orang atas cakap “dah tandatangan (apa entah) kannn? Jadi kena jalankan tanggungjawab. Ramai lagi nak kerja ni.”
So apa masalahnya yg stress tu bersara awal. Kalau cikgu tu jenis bagus dan bertanggungjawab, mesti segala tugas dia pernah buat. Kalau jenis tak melawan, semua kerja timbun atas bahu dia. Sama la macam kerja kat luar ni. Jadi biar la dia pencen awal. Munkin dah sakit teruk - badan, otak, family.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pencen awal still dpt duit pencen kan...sapo tak.nak |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab pencen awal tu still menguntungkan pesara. Cuba kalau pencen awal tak berbaloi. Mesti tak nak pencen lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Pencen tetap hanya akan dapat bila cecah 55. Kalau pencen awal umur 45, kena tunggu 10 tahun bila dah reach 55 baru duit pencen start masuk. Pencen awal tak dapat pencen full.
|
|
|
|
|
|
|
|
Cuba ubah undang2, sapa pencen awal tak cecah umur pencen wajib TAKKAN DAPAT langsung pencen.
|
|
|
|
|
|
|
|
cikgu2 lama,otai2 ramai pencen awal,serabut dgn mcm2 kerenah dalam pendidikan,bukan lagi fokus pada pengajaran semata-mata...
bbnu plak suka tiktok |
|
|
|
|
|
|
|
Cikgu sekarang sibuk niaga sibuk bertiktok. Jadi cikgu sebab nak dapat kerja lain susah. Zaman mak bapa kita jadi cikgu telus. Pagi2 dah sampai sekolah balik di rumah buat kerja2 dari sekolah lagi...tu mertua aku lah...rajin terrrrr |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Skuau at 22-4-2022 10:42 PM
persoalan kt fikiran aku....adakah sistem pendidikan dan proses pembelajaran & pengajaran kita 'sudah ketinggalan zaman'...sehingga 'menensionkan'() pelajar dan guru..sampai mereka kehilangan minat,semangat,motivasi dan keterujaan??? |
|
|
|
|
|
|
|
rikiruj replied at 22-4-2022 08:34 PM
Pencen tetap hanya akan dapat bila cecah 55. Kalau pencen awal umur 45, kena tunggu 10 tahun bila ...
Kalau dia pencen umur 60 tahun. Masa umur 55 tahun tu dapat terus ke duit pencen tt |
|
|
|
|
|
|
|
Apara. Elok2 orang nak bersara awal kasik laluan yang muda2, lagi nak bising. Ingat suma orang nak jadik hamba kerja macam Tun M umo dah nak 100 tahun pun masih gila duniawi jadik tukun politik? Dah la kau paksa bersara wajib umo 60, orang tu dah bersara pun kau masih ambik dia kerja masuk dalam jabatan2 gomen. Ngok. |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu sebok buat kajian wujudkan jawatan pembantu guru konon untuk ringankan beban guru. Ujung2 takda bajet senyap sampai sekarang.
Graduan pendidikan masih ramai menganggur, kekurangan guru opsyen, etc suma pun ko takleh selesaikan. Lagi nak bising2 isu pencen awal. |
|
|
|
|
|
|
|
Isu beg sekolah pun lembab namampus kasik selesai. Tak guna punya think tank KPM. |
|
|
|
|
|
|
| |
|