View: 2290|Reply: 11
|
Ini Adalah 5 Rawatan "Pseudoscience" Yang Paling Popular Di Malaysia
[Copy link]
|
|
Boleh dikatakan bahawa kebanyakan rakyat Malaysia suka mencari rawatan alternatif asalkan mereka dapat mengekalkan atau menambahbaikan kesihatan mereka dari segi rohani dan fizikal.
kredit foto: MedicalNewsToday
Ini adalah 5 Rawatan "seudoscience" Yang Paling Popular Di Malaysia, memetik dari Illuminasi.
kredit foto: Healthline
Rawatan Lilin Telinga atau nama lainnya "Thermal-Auricular Therapy" masih lagi beroperasi di Malaysia dan menjadi salah satu tarikan utama di spa di negara ini. Kaedah ini dikatakan mampu membersihkan telinga serta memperjelaskan pendengaran manusia.
Tetapi kaedah ini telah lama diharamkan di luar negara seperti Amerika Syarikat dan Kanada kerana mereka mengkategorikan rawatan "Lilin Telinga" adalah bukan kaedah rawatan sebenar.
kredit foto: Detoxify
Dipakai pada tapak kaki semasa tidur, pelekat itu dikatakan mampu menyerap sisa-sisa besi dalam badan kita dan membantu merawat penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, diabetes dan banyak lagi.
Tetapi, menurut kajian sains dari MayoClinic berkata bahawa bahan "herba" yang ada didalam pelekat kaki itu akan bertukar kehitaman apabila didedahkan kepada kelembapan, walaupun kelembapan itu datang dari udara.
kredit foto: Blog Q-Ray
Jika anda ingat era 90an dan era 2000an, anda mungkin pernah melihat iklan di TV tentang gelang magnetik yang dikatakan menggunakan kaedah "Bio-Magnetic Therapy". Gelang magnetik itu dikatakan selamat digunakan ianya boleh mampu melancarkan peredaran darah dan meningkatkan tenaga badan manusia.
Walaupun begitu, tiada bukti bahawa gelang magnetik itu berkesan dan gelang magnetik itu dijual dengan ratusan ringgit kepada mereka yang percaya bahawa ia mampu membantu mereka.
kredit foto: Healthline
Cermin Mata ini dulu dijual dengan pelbagai jenama, cermin mata ini juga ada nama lain iaitu "inhole Glasses", cermin mata ini dikatakan mampu memperkuatkan otot mata seterusnya menarik kembali lensa mata kita yang sudah hilang bentuk dan mampu mengembalikan penglihatan seseorang tanpa perlu melakukan pembedahan.
Apa yang dirisaukan adalah, ada pengguna yang terlalu percayakan cermin mata ini sehinggakan pengguna itu hendak keluar memandu ketika memakai cermin mata itu.
kredit foto: IndiaMart
Anda mungkin nampak rawatan ini mungkin di pusat membeli belah ataupun tempat spa, rawatan ini menggunakan ikan jenis gaffa dan anda perlu merendamkan kaki kedalam air dan biarkan ikan itu mengigit kaki anda. Ia dikatakan membersihkan kaki daripada sel-sel yang telah mati serta mampu melancarkan peredaran darah dan mampu menangani masalah stres.
Walau kebanyakan kajian yang dijalankan mendapati kesan positif, hasil rendaman kaki itu bukan kerana gigitan ikan itu, tetapi sebenarnya suhu rendaman air yang memainkan peranan dan bukannya ikan gaffa. -CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
hahahaha meols pernah sama-sama terpengaruh dengan lilin telinga, koyok kaki tu (sebab kawan meols jual...terpaksa percaya), dengan ikan kecik2 tu walaupun meols geli nak mati... hahahaha... yang gelang tu je meols tak pernah percaya lagi-lagi bila teringat Dato' ACGelang tu...hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
spek pinhole tu pun meols ada rupanya sebab terpengaruh ada ustaz jual kat kiosk masa kat office dulu...apa bodo kan sampai naik juling mata meols nak fokus..dah lah rabun teruk... hahahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
Dulu AC Mizal ada jual gelang kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Gelang magnetic dan terapi ikan tak pernah cuba. Spek pinhole ada lagi dekat rumah, RM50 juga la harganya masa beli 10 tahun dulu. Pelekat toksik beli pakai sekali je sudahnya buang sebab malas nak pakai. hahaha. Lilin telinga tu suka juga buat dulu. Memang cair la taik telinga, nak cuci guna cotton bud lepas tu senang je, tak ada la degil tak nak keluar. Lama dah tak buat sebab bila pergi je spa, orang yang nak buat tu asyik tak ada. |
|
|
|
|
|
|
|
Spek pinhole beli kat daiso. Tengok jelah lubang kecik tu.
Pelekat kaki tu ada beli sekotak. Pakai malam, pagi tengok hitam. Pastu xbeli dah. Malas. |
|
|
|
|
|
|
|
ezacbee replied at 28-8-2022 12:53 PM
Spek pinhole beli kat daiso. Tengok jelah lubang kecik tu.
Pelekat kaki tu ada beli sekotak. Pakai ...
Sbnrnya dia mmg akan menjDi hitam ? |
|
|
|
|
|
|
|
Letak mana2 pun jadi hitam gak..
|
|
|
|
|
|
|
|
Satu pun tak pernah terjebak. Tapi mmg pernah konon2 nak beli spek lobang2 tu. Last2 gi buat spek mata silau, setel masalah drive malam. |
|
|
|
|
|
|
|
Pernah bakar lilin kat hidung masa kecik......mak aku suruh..... konon nak hilangkan resdung. Seksakan batin aku je......dengan asap berkepul penuh hidung. Lepas tu kertas lilin tu ditepuk atas kertas putih.....konon hama punya banyak. Sampai la ni resdung aku tetap ada |
|
|
|
|
|
|
|
nak tanya, kalau rantai / gelang yg atlet selalu pakai mcm lee chong wei , zhi jia tu pakai pulak mcm mana ??? |
|
|
|
|
|
|
|
Hahahaha, banyak kena scam dengan rawatan yang diberikan |
|
|
|
|
|
|
| |
|