CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 454|Reply: 0

Maloney malas fikir lawan di separuh akhir

[Copy link]
Post time 15-5-2022 03:20 PM | Show all posts |Read mode

AKSI Malaysia menentang Singapura di Sukan Sea Hanoi yang berkesudahan dengan keputusan seri 2-2. -FOTO Ihsan FAM

Kuala Lumpur: Siapa yang bakal menunggu skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara di pusingan separuh akhir bola sepak Sukan Sea di Hanoi, Vietnam bukan perkara utama yang bermain difikirkan pengendali pasukan Brad Maloney ketika ini.

Hal ini kerana, Maloney mahu memastikan rekod tanpa kalah Malaysia dalam saingan kumpulan B dapat diteruskan pada pertemuan terakhir bertemu Kemboja hari ini.

Maloney berkata, walaupun Malaysia sudah mengesahkan slot ke separuh akhir namun beliau tidak mahu anak buahnya leka dan memberi peluang kepada Kemboja meraih kemenangan pada perlawanan terakhir itu.

"Saya tidak mahu memikirkan lawan di separuh akhir kerana pasukan seperti Vietnam, Indonesia dan Myanmar cukup kuat dengan memiliki barisan pemain hebat.

"Fokus sekarang adalah berhadapan dengan kemboja termasuklah memperbaiki kelemahan terutama pasukan negara yang gagal manfaat peluang di hadapan gol lawan.

"Jika melihat perlawanan menentang Singapura, kita menguasai perlawanan dan terlalu banyak peluang untuk menjaringkan gol namun gagal menerjah gol lawan," katanya.

Slot separuh akhir acara bola Sukan Sea Hanoi sah menjadi milik Malaysia susulan kemenangan 5-0 Thailand ke atas Kemboja di Stadium Thien Truong, Nam Dinh.

Perkembangan itu menyaksikan skuad B-23 negara memperbaiki pencapaian di Filipina pada 2019 yang menyaksikan Malaysia terkandas di peringkat kumpulan.

Kini, skuad 'Harimau Muda' perlu fokus untuk menjinakkan Kemboja pada aksi terakhir Kumpulan B, Isnin ini untuk mara selaku juara kumpulan bagi mengelak pertembungan sukar dengan juara Kumpulan A di separuh akhir nanti.

Semalam, skuad kendalian Maloney seri 2-2 dengan Singapura namun masih kekal di kedudukan teratas kumpulan dengan mengumpul tujuh mata, manakala Thailand enam mata di tangga kedua.

Berdasarkan kedudukan kumpulan A, Vietnam kini berada di kedudukan teratas dengan tujuh mata manakala Indonesia dan Myanmar berkongsi enam mata sekali gus dengan masing-masing berbaki satu perlawanan lagi.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... an-di-separuh-akhir
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 11:17 AM GMT+8 , Processed in 0.401602 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list