CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 431|Reply: 0

49 peratus kekuatan Melaka di tangan import

[Copy link]
Post time 17-5-2022 12:06 PM | Show all posts |Read mode

Asri Ninggal (kanan) bersama kapten pasukan Sony Norde. - Foto ihsan Melaka United

MELAKA: Tempoh rehat hampir sebulan bakal digunakan Melaka United (MU) bagi membentuk persembahan lebih mantap buat skuad berkenaan.

Jurulatihnya, Mohd Asri Ninggal berkata, tempoh terbabit juga membolehkan dua tunjang import membabitkan Justin Bass dan Emmanuel Oti pulih daripada kecederaan yang dialami.

Menurutnya, dia berhasrat dapat menurunkan kelima-lima import bagi menghadapi Negeri Sembilan sebaik liga bersambung pada 18 Jun depan.

Katanya, pasukan itu sememangnya bergantung kepada barisan import kerana ia membabitkan 49 peratus kekuatan skuad Hijau Putih daripada lima pemain import terbabit.


Katanya, sepanjang mengambil alih skuad Melaka daripada jurulatih Risto Vidakovic, dia belum dapat menggunakan sepenuhnya barisan import berkenaan disebabkan kecederaan yang silih berganti dalam kalangan mereka.

Bagaimanapun dia lega tiga perlawanan yang diharungi setakat ini termasuk di pentas pusingan kedua Piala FA membuahkan kemenangan buat pasukan Hang Tuah.

"Sebenarnya apabila saya dilantik sebagai pengendali skuad ini, saya tahu bahagian mana yang perlu kita perkuatkan, kerana saya sudah lama bersama pasukan terbabit.

"Berikutan itu, ia antara kelebihan yang ada selain memiliki pemain-pemain yang bagus, malah ia digarap bagi membentuk pasukan mantap," katanya.

Asri berkata, rehat panjang ketika ini membolehkan dia dan rakan jurulatih berusaha membentuk pasukan berdaya saing yang boleh memberi cabaran kepada pada saingan lebih getir selepas ini.
https://www.bharian.com.my/sukan ... ka-di-tangan-import
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 11:04 AM GMT+8 , Processed in 0.130000 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list