CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 365|Reply: 0

KDA FC, NSFC seri tanpa jaringan

[Copy link]
Post time 18-5-2022 10:01 AM | Show all posts |Read mode

PEMAIN NSFC (tengah) dan KDA FC berebut bola pada perlawanan berkesudahan seri tanpa jaringan di Stadium Darul Aman, malam ini. FOTO FB MFL

Alor Setar: Kedah Darul Aman FC (KDA FC) terpaksa berpuas hati dengan satu mata apabila seri tanpa jaringan dengan Negeri Sembilan FC (NSFC) pada saingan Liga Super di Stadium Darul Aman, malam ini.

Keputusan itu terus memberi memberi tekanan buat skuad Sang Kenari yang merekodkan dua kekalahan dan satu keputusan seri sebelum ini.

Malah, pasukan pelawat terlebih dahulu mencemaskan gawang tuan rumah dengan tandukan Herald Goulon pada minit ke-6, namun percubaannya lemah dan gagal disusuli penyudah David Mawutor dan mudah diselamatkan penjaga gol Kedah, Ifwat Akmal.

Tuan rumah yang lebih kerap ditekan di awal perlawanan cuba bangkit, namun sepakan percuma di luar kotak penalti yang diambil Al Hafiz Harun pada minit ke-22 ditepis keluar penjaga gol NSFC, Syihan Hazmi.

Penyerang NSFC, Evanonye Kossi turut mencemaskan benteng KDA FC pada minit ke-34 namun percubaannya ditepis Ifwat Akmal.

Bermula babak kedua, tuan rumah lebih banyak mengawal bola dengan percubaan hampir mendapatkan gol pada minit ke-63 apabila penyerang utama Sang Kenari, Ngah Wanja melakukan larian solo, namun gagal memanfaatkan peluang untuk menewaskan penjaga gol lawan.

Aksi berbalas serangan semakin rancak di hujung perlawanan, namun kedua-dua pasukan gagal memecah kebuntuan jaringan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... seri-tanpa-jaringan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 10:56 AM GMT+8 , Processed in 0.533395 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list