CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 389|Reply: 0

[Perlis] 26 Pati Myanmar kena tahan

[Copy link]
Post time 18-5-2022 10:08 AM | Show all posts |Read mode

ANTARA Pati yang ditahan dalam operasi berkenaan. FOTO Ihsan Pga Batalion 18

Padang Besar: Seramai 26 pendatang asing tanpa izin (Pati) warga Myanmar ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam Op Wawasan Kedah/Perlis 2022 ketika cuba memasuki negara ini secara haram dalam dua kejadian berasingan di Chuping, di sini, semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 18 PGA, Superintendan Ramli Wan Salin berkata, tangkapan pertama dilakukan 12.30 tengah malam apabila anggota Batalion 18 PGA yang terdiri daripada 10 pegawai rendah sedang melakukan rondaan di sekitar laluan keselamatan Pos C6, Chuping.

"Ketika rondaan, kita ternampak lapan Pati cuba menyusup masuk ke negara ini di laluan berkenaan dan kita terus menahan mereka.

"Tangkapan itu tidak berakhir di situ apabila hampir 13 jam kemudian iaitu pada 12.50 tengah hari, 19 Pati warga Myanmar di mana lapan daripadanya adalah wanita sedang bersembunyi di satu kawasan semak berhampiran Kilang Gula MSM, Chuping ditahan kerana cuba memasuki negara ini secara haram," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Katanya, pada kejadian kedua itu, Pati berkenaan dipercayai menjadikan semak berhampiran kawasan kilang itu sebagai lokasi persembunyian mereka.

"Pati ini dipercayai berusia antara 20-an hingga 40-an dan didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

"Kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar untuk siasatan mengikut Seksyen 6 (1) Akta Imigresen 1959," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -myanmar-kena-tahan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 10:07 AM GMT+8 , Processed in 0.264259 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list