CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 392|Reply: 0

[Kedah] Petani hasilkan tiga tan mangga harumanis Kedah

[Copy link]
Post time 19-5-2022 04:48 PM | Show all posts |Read mode
KUALA NERANG: Permintaan tinggi terhadap mangga harumanis mendorong seorang petani, menanam 300 pokok mangga di tanah seluas 2.2 hektar di Kampung Padang Nyior di sini.

Zulkipli Hashim, 63, berkata pokok yang mula ditanam pada 2016, mula mengeluarkan hasil sejak tiga tahun lalu.

Katanya, penjagaan pokok mangga terbabit bukan mudah kerana ia memerlukan penjagaan rapi bagi memastikan buah dan isinya cantik serta manis setanding mangga terkenal lain.

"Bermula daripada penyediaan tanah, pokok mangga ini perlu dijaga dengan sepenuh jiwa, malah saya sendiri terpaksa ke Perlis untuk belajar ilmu menanamnya bersama rakan lebih berpengalaman di sana.

"Setiap pagi saya perlu ke kebun untuk menyelenggara dan 'berjumpa' setiap pokok. Tanah Kedah juga sesuai ditanam harumanis, cuma pada tahun ini cuaca tidak terlalu panas menyebabkan pokok terdedah serangan haiwan perosak dan penyakit.

"Disebabkan itu, saya perlu meluangkan lebih banyak masa 'membelai' pokok setiap hari dengan rapi bagi menjaga kualiti buah yang dihasilkan," katanya pesara awam yang ditemui, baru-baru ini.

Bapa kepada tiga anak itu turut menjelaskan, kehadiran mangga harumanis Kedah tidak boleh dianggap sebagai ancaman atau saingan kepada harumanis Perlis kerana negeri itu sudah mempunyai identiti serta kualiti buah yang tersendiri.

Zulkipli berkata, dia bersyukur apabila mangga itu berbuah kali pertama pada 2019 dengan mengeluarkan secara purata 10 biji buah bagi setiap pokok dengan hasil keseluruhan mencecah sehingga satu tan.

"Tahun lalu, saya dapat mengeluarkan hasil kira-kira tiga tan mangga dengan permintaan sangat tinggi, walaupun negara sedang berdepan pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika itu.

"Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) turut bantu membeli sebahagian besar harumanis yang ditanam selain ia turut dijual kepada rakan dan penduduk sekitar," katanya.

Ditanya mengenai harga, beliau berkata, harumanis keluarannya di Kebun Pauh Maneh Padang Terap, dijual mengikut gred bermula RM20 hingga RM30 sekilogram.

"Saya berterima kasih kepada FAMA dan Jabatan Pertanian yang banyak membantu memberi peralatan dan ilmu selain isteri, Fazilah Mansor, 58, yang banyak membantu di kebun.

"Untuk perancangan masa depan saya bercadang memberi tunjuk ajar kepada petani lain yang berminat menanam harumanis. Walaupun hanya tanam 10 pokok di halaman rumah, ia boleh dijadikan pendapatan sampingan terutama penoreh getah," katanya.


Zulkipli Hashim, 63, menunjukkan mangga harumanis di kebunnya di Kampung Padang Nyior, Kuala Nerang. NSTP/Noorazura Abdul Rahman
https://www.bharian.com.my/berit ... gga-harumanis-kedah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 09:41 AM GMT+8 , Processed in 0.762050 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list