CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 349|Reply: 0

[Kedah] Pelajar mengaku tidak bersalah sebabkan kematian dua pemotong rumput

[Copy link]
Post time 19-5-2022 04:53 PM | Show all posts |Read mode

Tertuduh yang memakai uniform sekolah dan diiringi ahli keluarga membuat pengakuan itu pada prosiding yang dijalankan secara tertutup di hadapan Majistret, Noor Fazlina Musa.


SUNGAI PETANI: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan memandu dalam keadaan berbahaya sehingga menyebabkan kematian dua pemotong rumput pada 7 Mei lalu.

Tertuduh yang memakai uniform sekolah dan diiringi ahli keluarga membuat pengakuan itu pada prosiding yang dijalankan secara tertutup di hadapan Majistret, Noor Fazlina Musa.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memandu sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam keadaan  berbahaya sehingga menyebabkan kematian dua lelaki Myanmar iaitu Siouca Chakma, 21, dan Akter Kamal Hosen, 33.

Kejadian berlaku di Jalan Pintasan Semeling dalam daerah Kuala Muda kira-kira pukul 11.10 pagi, 7 Mei lalu.

Pendakwaan ke atas pelajar itu dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kesalahan tersebut memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 10 tahun serta denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM50,000.

Mahkamah menetapkan 27 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat dan juga laporan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S. Preeya manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Norfarahazlinda Zahari.

Tertuduh dibenarkan diikat jamin RM2,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin.

Bapa tertuduh kemudian menjelaskan jaminan yang dikenakan.

Akhbar ini pada 9 Mei lalu melaporkan seorang remaja yang memandu  sebuah MPV sehingga merempuh dua pemotong rumput sehingga seorang daripadanya maut.

Remaja itu  dikatakan memandu kenderaan tersebut  tanpa pengetahuan bapanya.

Mangsa yang parah, Akter Kamal  meninggal dunia 10 hari kemudian ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini.  

Siasatan lanjut mendapati pelajar itu tidak mempunyai lesen memandu yang sah. –UTUSAN ONLINE
https://www.utusan.com.my/nasion ... ua-pemotong-rumput/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 09:19 AM GMT+8 , Processed in 0.532755 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list