View: 438|Reply: 0
|
[Perlis]
Wang Kelian ‘panas’ aktiviti seludup ketum
[Copy link]
|
|

RAMLI Wan Salin (tiga dari kanan) menunjukkan daun ketum yang dirampas oleh PGA di sebuah kebun getah di Wang Kelian dalam sidang akhbar di PB11, Padang Besar, Perlis hari ini.- UTUSAN/NAZLINA NADZARI
PADANG BESAR: Wang Kelian dikenal pasti sebagai kawasan ‘panas’ aktiviti penyeludupan ketum sejak kebelakangan ini.
Terbaharu, Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya merampas lebih satu tan metrik daun ketum dianggarkan bernilai RM30,450 yang ditemukan di dalam kebun getah di Kampung Wang Kelian di sini semalam.
Pasukan risikan PGA menemukan longgokan bungkusan daun ketum itu semasa melakukan rondaan kira-kira pukul 3 pagi.
Pegawai Pemerintah Batalion 18 PGA, Superintenden Ramli Wan Salin berkata, pemerhatian dilakukan lebih sejam di kawasan tersebut bagi melihat sekiranya ada individu datang mengambil ketum berkenaan.
“Selepas tidak ada individu yang datang, kita kemudian telah merampas daun ketum itu. Ketum itu dipercayai dibawa ke situ pada hari yang sama kerana daun yang dilihat masih lagi segar.
“Jarak lokasi sempadan Thailand itu adalah kira-kira lima kilometer sahaja dan kami percaya penyeludup dari Thailand akan masuk dan mengangkut daun ketum ini.
“Lazimnya, mereka (penyeludup) akan memikul daun berkenaan menggunakan guni untuk dibawa keluar ke negara jiran menggunakan lorong tikus,” katanya dalam sidang akhbar di PB11 di sini hari ini.
Tambah Ramli, selain Padang Besar, pihaknya sentiasa memberi tumpuan di Wang Kelian yang menjadi kawasan panas aktiviti penyeludupan.
“Malah, kes rampasan oleh batalion lain sebelum ini juga banyak di kawasan Wang Kelian ini,” katanya.
Sementara itu, Ramli memberitahu, pihaknya telah berjaya melakukan lima lagi rampasan ketum sejak mengambil alih penugasan di sini pada 5 Mei lalu dengan jumlah sebanyak 360 kilogram bernilai RM10,800.
Menurutnya, kesemua rampasan tersebut tertumpu di kawasan Chuping dan Padang Besar.
“Kesemua kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952,” katanya. –UTUSAN ONLINE
https://www.utusan.com.my/nasion ... viti-seludup-ketum/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|