CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 403|Reply: 0

[Pulau Pinang] HFMD di Pulau Pinang meningkat 347 kes dalam tempoh seminggu

[Copy link]
Post time 19-5-2022 05:46 PM | Show all posts |Read mode

Dr Norlela (dua dari kanan) selepas Mesyuarat Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Pulau Pinang bersama Jawatankuasa Pesta Padi Antarabangsa Pulau Pinang 4.0, Institut Lanskap Arkitek dan Persatuan Arkitek Malaysia. FOTO Nur Izzati Mohamad

Butterworth: Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Pulau Pinang meningkat kepada 347 kes dalam tempoh seminggu menjadikan kumulatif sebanyak 1,306 kes setakat 14 Mei lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi dan Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan negeri, Dr Norlela Ariffin berkata minggu sebelum ini kes HFMD yang dicatatkan adalah 959 kes namun pada Minggu Epid (ME) ke-19 ia meningkat sebanyak 347 kes.

"Pulau Pinang kini berada pada kedudukan ke-10 membabitkan kes HFMD. Walaupun begitu, kita tidak boleh mengabaikan peningkatan kes yang berlaku apatah lagi peningkatan sebanyak 347 kes dalam tempoh seminggu ini dilihat membimbangkan," katanya ketika diminta mengulas mengenai perkembangan kes HFMD di Pulau Pinang.

Sebelum itu, beliau hadir pada Mesyuarat Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Pulau Pinang bersama Jawatankuasa Pesta Padi Antarabangsa Pulau Pinang 4.0, Institut Lanskap Arkitek dan Persatuan Arkitek Malaysia, di sini, hari ini.

Katanya, pihak sekolah, pengusaha dan penyelia taska, tadika, tabika, pra sekolah dan ibu bapa perlu memainkan peranan dalam memastikan kesedaran terhadap penyakit berjangkit itu dapat dibendung.

Minggu lalu, kes penyakit HFMD di negeri ini mengalami peningkatan 8.4 kali ganda iaitu sebanyak 959 kes sejak Januari hingga 7 Mei lalu berbanding 102 kes dalam tempoh yang sama pada 2021.

Norlela berkata, sepanjang tempoh sama, sebanyak 54 kluster HFMD direkodkan berbanding hanya tujuh kluster pada 2021 dengan peningkatan sebanyak 6.7 kali ganda.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan kes jangkitan HFMD di negara ini menunjukkan peningkatan 12.8 kali ganda sehingga ME 17/2022, berbanding tempoh sama tahun lalu.

Sebanyak 22,463 kes HFMD dilaporkan di seluruh negara sepanjang tempoh itu, berbanding 1,752 kes bagi ME 17/2021.

HFMD adalah penyakit akibat jangkitan virus, khususnya daripada jenis Coxsackie A16 dan Enterovirus 71, yang menular melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh dan najis penghidapnya.

Antara gejala ialah demam, ruam atau lepuh pada tapak tangan dan kaki, ulser pada mulut serta lidah. Penyakit itu boleh menjangkiti semua peringkat umur, terutama kanak-kanak yang berusia lima tahun dan ke bawah.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... lam-tempoh-seminggu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 09:05 AM GMT+8 , Processed in 0.043108 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list