CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 372|Reply: 0

[Pulau Pinang] 3,445 pelajar terima bantuan YPM sepanjang 2021

[Copy link]
Post time 19-5-2022 08:58 PM | Show all posts |Read mode
3,445 pelajar terima bantuan YPM sepanjang 2021
SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI | | 19 Mei 2022



Mohd Razman (kanan) melancarkan Gerakan Massa 'Terima Kasih Cikgu' Peringkat Negeri 2022 pada Khamis.


GEORGETOWN - Seramai 3,445 pelajar menerima bantuan persekolahan daripada Yayasan Pelajaran Mara (YPM) dengan jumlah peruntukan RM199,700 sepanjang tahun lalu.


Pengerusi YPM, Datuk Mohd Razman Yaacob berkata, pada tahun ini seramai 355 pelajar menerima bantuan persekolahan sehingga Mei dengan jumlah peruntukan RM31,800.


"Dalam tempoh tersebut, ia melibatkan tujuh bantuan dan program YPM antaranya Program Usahawan Digital melibatkan 100 pelajar dengan peruntukan RM6,000.


"Selain itu, antara program lain adalah Program Teknik Menjawab Soalan, Program Motivasi dan Kemahiran Belajar (sekolah menengah) serta Program Motivasi dan Kemahiran Belajar (sekolah rendah), Program Simfoni Ramadan, Skim Anak Angkat YPM dan Skim Anak Angkat," katanya selepas majlis Pelancaran Gerakan Massa 'Terima Kasih Cikgu' Peringkat Negeri 2022 di Prangin Mall, pada Khamis.


Tambah Mohd Razman, YPM sedang merancang mengadakan lebih banyak program memanfaatkan pelajar.


"Salah satunya adalah teknik menjawab soalan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) yang akan diadakan dalam masa terdekat.


"YPM akan terus menyalurkan bantuan dan akses pendidikan agar dapat memperkasakan taraf pendidikan serta sosio ekonomi khususnya dalam kalangan anak-anak asnaf B40," katanya.


Sementara itu dalam perkembangan lain, Jabatan Pendidikan Negeri(JPN) Pulau Pinang sedang mengumpul 5,000 hingga 6,000 puisi berkaitan Hari Guru untuk direkodkan dalam Malaysia Book of Records (MBR).


Penyelaras Majlis Pelancaran Gerakan Massa JPN Pulau Pinang Mohd Yusri Mohd Salleh berkata, semua puisi itu akan dihasilkan pelajar-pelajar yang tinggal di asrama daripada lebih 100 buah sekolah di negeri tersebut.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... -YPM-sepanjang-2021
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 09:35 AM GMT+8 , Processed in 0.742506 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list