View: 384|Reply: 0
|
[Kelantan]
Pecah tanah projek empangan hidroelektrik pertengahan Jun
[Copy link]
|
|
TAKIYUDDIN Hassan (kiri) menandatangani plak dan gimik pelancaran Pintu Gerbang Pasar Malam Wakaf Che Yeh, Kelantan. - UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED
KOTA BHARU: Projek empangan hidroelektrik di Nenggiri, Gua Musang bermula dengan pecah tanah pada pertengahan Jun ini.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, susulan itu ia akan memulakan kerja-kerja secara agresif yang bukan sahaja untuk tenaga elektrik tetapi jkepada bekalan air bagi pertanian.
“Pecah tanah itu dilakukan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob. Jadi selepas itu projek itu akan bermula dan dijangka siap mengikut jadual ditetapkan yang akan dimajukan Tenaga Nasional Berhad (TNB).
“Selain itu ia adalah satu tebatan banjir dan cukup penting kepada Kerajaan Negeri Kelantan,” katanya dalam sidang akhbar di Jamuan Aidilfitri bersama XCFU Zone dan Gimik Pelancaran Pintu Gerbang Pasar Malam Wakaf Che Yeh di sini, semalam.
Empangan yang dijangka beroperasi pada 2026 itu bakal menyalurkan 300 megawatt (MW) kepada Grid Nasional apabila siap kelak.
Terdahulu, Takiyuddin yang merasmikan Pintu Gerbang Pasar Malam Wakaf Che Yeh berkata, pasar tersebut adalah tempat perniagaan yang tidak asing lagi di Kota Bharu dan di negeri ini.
Katanya, sebagai salah satu pusat pelancongan, pengurusan pasar awam itu mengambil pelbagai langkah untuk menaikkan kembali tahap kemudahan serta fasiliti perniagaan di kawasan tersebut. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... ik-pertengahan-jun/ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|