View: 375|Reply: 0
|
[Pahang]
Lelaki cuba culik kanak-kanak berusia empat tahun diberkas
[Copy link]
|
|
![](https://www.utusan.com.my/wp-content/uploads/tahan-culik.jpg)
LELAKI warga Myanmar diberkas orang awam setelah cubaannya menculik kanak-kanak berusia empat tahun di tepi jalan berdekatan Pusat Dagangan Batu 3, di Kuantan, Pahang. - IHSAN PDRM KUANTAN
KUANTAN: Seorang lelaki warga Myanmar ditangkap kerana dipercayai cuba menculik kanak-kanak lelaki berusia empat tahun di tepi jalan berdekatan Pusat Dagangan Batu 3, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Wan Zahari Wan Busu berkata, pihaknya menerusi unit kenderaan pelbagai guna (MPV) polis ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan orang awam kira-kira pukul 9.45 pagi.
“Ketika tiba di lokasi, bapa mangsa yang menangkap suspek menyerahkannya kepada polis.
“Hasil siasatan awal mendapati suspek terlibat dalam cubaan untuk melarikan seorang kanak-kanak Melayu dari rumah berhampiran. Suspek dikejar oleh ayah mangsa dan seterusnya ditahan dengan bantuan orang awam berdekatan dengan lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Wan Zahari berkata, bapa mangsa yang merupakan seorang penjual ketam nipah telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
Katanya, hasil laporan dibuat, bapa mangsa memaklumkan ketika kejadian, dia terdengar bunyi jeritan isterinya mengatakan anak bongsu mereka dilarikan lelaki tidak dikenali.
“Bapa mangsa mengejar suspek dan menangkapnya yang kemudiannya bertindak melepaskan mangsa. Dengan bantuan orang ramai, suspek ditangkap dan diserahkan kepada polis untuk tangkapan semula,” katanya.
Beliau berkata, dalam kejadian tersebut, polis merampas sehelai kain lampin berwarna putih dipercayai digunakan untuk menutup kepala mangsa.
“Suspek dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan dan proses reman dilakukan pegawai penyiasat hari ini. Kes disiasat di bawah Seksyen 363/511 d iatas cubaan melarikan orang dan Sek 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen pengenalan diri,” katanya. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... pat-tahun-diberkas/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|