View: 514|Reply: 0
|
[Johor]
Lima ditahan tawar kerja sebagai penipu
[Copy link]
|
|
Pasir Gudang: Polis mengesan satu sindiket penipuan yang menawarkan gaji lumayan kepada pencari kerja untuk menjadi ahli sindiket di bandar raya ini.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, perkara itu terbongkar apabila pihaknya menerima laporan daripada beberapa pencari kerja yang mendakwa menghadiri temu duga dikendalikan sindiket berkenaan di bandar raya ini baru-baru ini.
Katanya, hasil siasatan dilakukan pihaknya menahan lima individu pada awal minggu ini bagi membantu siasatan.
"Siasatan mendapati sindiket mensasarkan rakyat tempatan yang mencari pekerjaan dengan menawarkan gaji lumayan untuk menjadi ahli sindiket.
"Polis masih jalankan siasatan lanjut dan yakin akan ada tangkapan susulan," katanya yang tidak mengulas lanjut dan memberitahu satu sidang media akan diadakan dalam masa terdekat berhubung perkara itu.
Terdahulu, Kamarul Zaman ditemui di Program Pencegahan Jenayah dan Bual Bicara Ketua Polis Johor Bersama Pengusaha Kilang serta Wakil Komuniti daerah Seri Alam di Dewan Serbaguna Taman Mawar di sini, hari ini.
Hadir sama, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), Datuk Asman Shah Abd Rahman.
Dalam pada itu, Kamarul Zaman menasihati orang ramai terutama pencari kerja supaya berhati-hati dengan pihak yang menawarkan pekerjaan mencurigakan dengan gaji lumayan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... erja-sebagai-penipu |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|