|
Pelakon lagenda Samuel L. Jackson akan berlakon dalam filem animasi terbaru iaitu "Garfield" bersama pelakon lain iaitu Chris Pratt yang terkenal dengan filem seperti Guardian of The Galaxy.
kredit foto: Flickering Myth
Selain itu, Samuel L. Jackson akan memainkan watak Vic iaitu bapa kepada Garfield, manakala, Chris Pratt pula akan memegang watak Garfield.
Difahamkan, filem animasi itu akan menampilkan karekter lain dalam dunia Garfield seperti Jon Arbuckle, Odie si Anjing dan lain-lain lagi. Tambahan pula, Alcon Entertainment akan mengeluarkan filem itu Bersama David Reynolds dan Mark Dindal.
Walupun Samuel L. Jackson sudah berusia 73 tahun, beliau masa lagi aktif dalam industri perfileman dan filem Animasi Garfield akan mula pembikinan pada hujung tahun ini. -CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|