CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1363|Reply: 0

Pam bukan penyelesaian

[Copy link]
Post time 28-5-2022 01:04 PM | Show all posts |Read mode
Pam bukan penyelesaian


PENGGUNAAN pam susu salah dan tidak sesuai boleh menyebabkan masalah bengkak susu dalam kalangan ibu.

KESILAPAN sering dilakukan golongan ibu yang mengalami masalah bengkak susu ialah terlalu kerap mengepam susu.

Tindakan mengepam susu terlalu kerap iaitu setiap tiga hingga keempat jam sehari boleh mengakibatkan oversupply atau lebihan stok susu badan berbanding keperluan bayi.

Malah tindakan itu boleh merisikokan ibu untuk lebih mudah mengalami masalah bengkak susu dan keadaan itu diburukkan lagi apabila mereka tidak mengambil pendekatan segera iaitu merawat dan hanya menahan sakit.

Pakar Perunding Laktasi Bondahaven, Dr Tengku Nur 'Atiqah Tengku Mahmood tidak menafikan mengenai kesilapan yang sering kali dilakukan kebanyakan ibu yang menyusukan bayi mereka.

Kata pakar itu, tanggapan kebanyakan wanita yang menyusukan bayi mereka melihat kaedah mengepam susu keluar lebih kerap mengurangkan risiko untuk mereka tidak mengalami masalah bengkak susu sebenarnya tidak tepat.

"Sebenarnya susu badan yang terlalu banyak juga tidak elok untuk ibu yang menyusukan bayi kerana masalah bengkak susu lebih mudah berlaku.

"Kebanyakan ibu berfikiran memiliki susu yang banyak adalah baik tetapi keadaannya jika terlalu berlebihan juga mendatangkan masalah.


DR Tengku Nur 'Atiqah memberi penerangan mengenai penggunaan alat urutan Lavie.

"Bagi ibu menyusu secara langsung bayi, kemudian disusuli dengan rutin mengepam susu yang kerap dan terlalu awal bukanlah sesuatu yang baik kerana boleh mengakibatkan lebih mudah berlakunya bengkak susu.

"Jika ibu menyusu dan dalam pada masa yang sama kerap mengepam sebenarnya menghantar isyarat kepada badan bahawa mereka seolah-olah memiliki dua orang bayi untuk disusukan.

"Keadaan yang berterusan dan pada satu ketika ibu itu terlalu letih untuk mengepam, masalah yang akan timbul adalah kelenjar susu mula bengkak. Mereka perlu jalani rawatan untuk bengkak susu," katanya.

Dalam kes penggunaan pam susu juga ada faktor lain yang boleh menyebabkan ibu lebih mudah mengalami masalah bengkak susu iaitu kaedah mengendalikan pam tidak tepat selain tidak sesuai dengan ibu berkenaan.


TENGKU Nur 'Atiqah bersama juruterapi fisiologi sering membantu para ibu mengatasi masalah bengkak susu.

"Tidak dinafikan banyak faktor lain lagi yang menjadi punca, antaranya bayi menghisap (leeching) susu yang salah dan penggunaan pam tidak sesuai menyebabkan ibu lebih mudah mengalami bengkak susu.

"Ibu yang menggunakan pam terutama 'expressed breast milk' (ebm) iaitu merujuk kepada ibu yang tidak dapat menyusukan bayi mereka secara langsung disebabkan pelbagai faktor akan kerap menghadapi masalah bengkak susu kerana pemilihan pam atau corong pam yang tidak sesuai dengan puting ibu.

"Terdapat juga kes yang mana ibu ini tidak tahu untuk melaras pam mengikut keperluan dan kesesuaian sehingga mengakibatkan puting tercedera. Sebaiknya kenal pasti masalah itu dengan mendapatkan bantuan pakar sama ada terapi, kaunselor atau perunding laktasi berpengalaman," katanya.

Mengenai ibu yang berisiko, kata Tengku Nur 'Atiqah, kebanyakan kes yang dirujuk adalah ibu yang baru menyusu bayi.

"Mereka yang mendapatkan bantuan untuk masalah bengkak susu ini adalah ibu yang baru menyusu bayi. Meskipun ada antara mereka sudah lahirkan anak ketiga tetapi pertama kali menyusu anak.


ALAT yang digunakan dalam merawat masalah bengkak susu.

"Golongan ini tinggi risiko untuk mengalami bengkak susu apabila sumber yang dirujuk seperti maklumat yang ada dalam talian terlalu banyak dan tidak tepat sehingga menimbulkan kekeliruan.

"Mereka ini berkemungkinan menghadapi masalah bayi menghisap dengan cara yang salah dan tindakan terlalu kerap mengepam menyebabkan masalah susu berlebihan. Akhirnya kitaran ini menyumbang kepada masalah bengkak susu kepada ibu,"katanya.

Dalam merawat, kata Tengku Nur 'Atiqah, ia bergantung kepada keadaan atau tahap serius bengkak susu yang dialami oleh ibu berkenaan.

"Rawatan untuk bengkak susu adalah urutan dan terdapat kaedah khusus untuk membantu ibu keluarkan susu yang tidak boleh keluar dengan lancar. Urutan ini berbeza dengan urutan untuk galakkan pengeluaran susu.

"Sebelum urutan, ada langkah perlu dilakukan antaranya tuam dan kemudian boleh gunakan alat urutan getaran iaitu dipanggil Lavie atau gunakan dua atau tiga jari mengikut saiz payudara dengan urutan membulat dan ditolak ke luar ke arah puting mengikut aliran susu keluar.

"Kedudukan Lavie atau jari perlulah depan sedikit dari kedudukan bengkak. Selepas urut lakukan perahan menggunakan tangan iaitu dengan teknik meregang, tekan ke belakang dan picit. Lagi baik jika bayi boleh hisap sendiri untuk bantu pengeluaran susu ibu," katanya.


URUTAN lebih sesuai dilakukan dalam keadaan ibu baring atau sedikit menunduk.

Pakar perunding itu turut menambah, tidak semua keadaan ibu yang mengalami bengkak susu boleh dirawat dengan urutan.

"Ini kerana ada yang sudah sampai tahap bengkak susu hingga bernanah. Kalau sudah pada tahap itu kami sarankan untuk dia menjalani saringan ultra bunyi untuk mengesan nanah itu terlebih dahulu.

"Nanah itu perlu dikeluarkan doktor dan jika sampai ke tahap itu tidak boleh lagi dirawat menerusi kaedah urutan. Saranan saya, ibu yang mengalami bengkak susu jangan tunggu terlalu lama untuk tangani masalah berkenaan.

"Kesan buruk jika sudah menanah, rawatan mengeluarkan nanah itu akan meninggalkan parut. Apabila ada parut pada bahagian berkenaan, masalah bengkak susu mungkin berulang pada bahagian yang sama," katanya.

Tip lain dikongsi oleh Tengku Nur 'Atiqah juga ialah kedudukan ibu untuk melakukan urutan sama ada dalam kedudukan baring atau sedikit menunduk bagi meningkatkan graviti pada aliran susu keluar.


PENGELUARAN susu badan terlalu banyak dikatakan tidak baik untuk kesihatan ibu.

Selain beliau, urutan di pusat rawatan dan spa itu juga dilakukan juruterapi fisiologi yang berpengalaman membantu dalam memberi nasihat bersesuaian dalam penjagaan kesihatan dan kesejahteraan diri si ibu.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/WM/202 ... -bukan-penyelesaian

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 07:16 PM GMT+8 , Processed in 0.062382 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list