View: 5950|Reply: 15
|
Ulek Mayang penuh mistik
[Copy link]
|
|
Ulek Mayang penuh mistik
Bila bercakap pasal ‘Ulek Mayang’ automatik orang akan kata lagu itu berhantu, sampai suruh jangan nyanyi walau sepatah pun sebab takut kena kacau dengan makhluk halus.
Tapi kan, macam mana lagu dan tarian asal dari Terengganu ini boleh dikatakan berhantu pula?
Tak sedar diri ditangkap Bunian
Nak dijadikan cerita, pada zaman dahulu sebelum kedatangan Islam, masyarakat Tanah Melayu mengamalkan kepercayaan animisme iaitu kepercayaan kepada roh.
Mengikut legenda orang dulu-dulu, ada sekumpulan nelayan keluar ke laut nak tangkap ikan. Tiba-tiba masa dekat tengah laut, ada ribut pula datang sehinggakan mereka semua tercampak ke dalam laut. Disebabkan dah penat dan tenaga pun takde, ke semuanya pengsan dan dihanyutkan ke pantai.
Tak lama lepas itu, seorang demi seorang terjaga tapi ada seorang ni masih lagi belum sedarkan diri. Mereka syak bahawa yang seorang ni rohnya terperangkap di alam Bunian. Tanpa melengahkan masa, mereka pun panggil bomoh untuk merawatnya.
Dikatakan masa nak kembalikan roh nelayan tersebut ke dalam badannya, bomoh tu mengalami pertarungan yang sengit dengan Puteri Bunian. Seorang demi seorang adik-beradik Puteri Bunian itu datang sehinggalah muncul Puteri Bunian ke-7, yang katanya puteri yang sulung.
Sebab itu dalam lagu Ulek Mayang ada lirik yang berbunyi “aku tahu asal usul mu, biarkan yang laut pulang ke laut, yang darat pulang ke darat”, kiranya Puteri Bunian ke-7 ni membenarkan roh nelayan tu pulang ke badannya.
Sumber: thevocket.com
Bertujuan untuk halau roh
Lagu ini dikatakan adalah mantera untuk menghalau roh. Bomoh zaman dulu akan buat upacara menghalau roh ini di tepi pantai, diiringi dengan muzik dan tarian. Biasanya ritual ini akan dilakukan pada waktu malam kepada mereka yang terkena penyakit mistik seperti kerasukan, tidak sedar diri dan sebagainya.
Maksud Ulek atau Ulit ini ialah berdondang atau mengulit-ngulit atau bahasa mudahnya, menyeru-nyeru dengan nama memujuk-mujuk untuk kembali semula. Jadi, kiranya bomoh menggunakan mantera ini sebab nak suruh roh orang itu balik semula ke badannya.
Tapi lepas kedatangan Islam, lagu Ulek Mayang ini telah ditukar dan dibuang perkara-perkara khurafat. Tariannya juga kini adalah untuk tujuan hiburan saja. Meski pun begitu, mistik Ulek Mayang ini masih berlaku apabila ada beberapa pengalaman orang lain mengatakan diganggu atau dirasuk bila lagu itu berkumandang.
Tak kiralah versi lama atau versi baru, yang pasti lagu Ulek Mayang ini tak boleh sesuka hati dinyanyikan kerana asalnya adalah sebuah mantera. Bila orang dengar lagu itu, tak sah kalau bulu roma tak meremang.
Sumber;https://penunggu.com/asal-usul/ulek-mayang-penuh-mistik/
|
|
|
|
|
|
|
|
time kecik2 dulu aku takut bila dgr lagu ni..dah tua2 pun seram bila dgr |
|
|
|
|
|
|
|
macamana dgn lagu cromok pula..aduihhh |
|
|
|
|
|
|
|
dimanakah chegu ni sekarang eh...
|
|
|
|
|
|
|
|
Matpon replied at 19-6-2022 12:55 AM
macamana dgn lagu cromok pula..aduihhh
tak menjadi...sebab lagu ulik tu sekejap je seblum masuk bunyi goreng gitar letrik dgn drum...hahahhhaa..
tapi boleh jugak kalo nk try pasang lagu ulek cromok mlm2 kt pantai Cherating ke..Balok ke..Rantai Abg ke...
mau terus head banging jin2 tu... |
|
|
|
|
|
|
|
uuuiiii. zaman form 1 duk asrama.
sementara maghrib tunggu turn mandi, iols pasang la walkman.
pastu kawan iols p gedik nyayi lagu ulik mayang senja2 tu kan niat bergurau.
sekali, tibehhhh walkman iols frequency dia sekat2.
on the same time, tiber blackout kejap.
coincidence much? entah ler. |
|
|
|
|
|
|
|
Lagu ulek mayang yg kita dengar tu semua dah dipotong separuh kat beberapa tempat supaya lirik unsur pemujaan tu dibuang. Sebab tu kalau kita dengar lagu tu takkan jadi pape. Apa pun tq TT. Dah lama nak tahu lebih lanjut pasal ulek mayang ni |
|
|
|
|
|
|
|
Memang meremang dengar lagu ulik mayang ni..lancang kuning pun aku rasa gitu gak. |
|
|
|
|
|
|
|
Kawan aku penari cakap, kalau menari tak pasang yg asap asap tu tak ada apa apa. Kalau menari ada pasang asap asap memang akan DTG semangat lain.sbb tu jadi tak sedar. Asap kan makanan jin. |
|
|
|
|
|
|
|
Ni memang memuja.
Bomoh nak mengubatkan orang sakit, bawak tepi pantai.
Panggil semangat laut untuk mengubat orang sakit.
Lepas tu suruh dia balik semula.
Hakikatnya yang merasuk orang sakit tu dah memang jin.
Kau panggil jin lain halau jin yang ada dalam badan pesakit.
Jin penuh muslihat membenarkan apa yang manusia pilih untuk percaya. Sedang manusa gemar meletakkan sesuatu bukan di tempatnya, melebihi sesuatu yang lain.
|
|
|
|
|
|
|
|
lagu Ulek Mayang ni kaka twins percaya mmg ada "semangat" dia sendiri... anak kaka masa form 3 dok asrama petang2 main ngan kawan2 nyanyi2 lagu ni...bersukaria gitu... malam tu anak kaka kena histeria.. cikgu2 yg tolong pegangkan habis kena tendang terajang.. kaka dipanggil ke asrama utk bawak dia balik. bawak pi "berubat" bila dah pulih nmpk ok tp ada "pendamping" x nak tinggalkan dia.. dan nak jd kan anak kaka tu hak dia... sampai la kaka bawa dia jumpa lg sorang ustaz di Bukit Jalil baru kaka tau cerita pasal punca dari Ulek Mayang. Ustaz tu kata masa dorang nyanyi tu anak kaka nampak mcm yg paling happy.. bersukaria sakan.. so benda (jin la kot) berkenan kat dia.. bertahun2 anak kaka takut sbb benda tu sentiasa ada... smpai dia pi surau solat pun benda tu ikut.. benda tu dalam bentuk budak perempuan mcm dalam umur 6 tahun (ketinggian dia) tak der muka.. puteh jer... rambut panjang & tak ada kaki... kaka ingat lagi nama dia Nur Asyikin.. ustaz tu yg bgtau.. tp dia mengamuk dgn ustaz tu sbb ustaz pun pisahkan dia ngan anak kaka... Alhamdulillah skrg anak kaka pun dah kerja dah.. tak der gangguan lagi cuma sejak dia histeria dulu tu hijab dia terbuka... cuma nasib baik dia tak takut (kalau muka tak ngeri sangat la kata dia....) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
maknanya, walaupun hijab dh terbuka, mmg anak kaka dah tak nampak budak tu ke
semoga si Nur Asyikin tu tak kacau lagi anak kaka
|
|
|
|
|
|
|
|
haah dah tak der dah.... lega kaka.....
sebab dia dah mula nak "mempunyai" anak kaka ...
|
|
|
|
|
|
|
|
kmain sedap nme nyer ashikin ey.. nsib dh dipisahkan,... x psal2 jdi menantu x diundang...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|