CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 545|Reply: 1

[Terengganu] Semangat tukang jahit 85 tahun

[Copy link]
Post time 11-6-2022 11:14 AM | Show all posts |Read mode

NYAM Fock Suan ketika ditemui di kedainya di Gong Kapas. FOTO Zatul Iffah Zolkiply

Kuala Terengganu: Usianya sudah menjangkau 85 tahun namun Nyam Fock Suan masih lagi bersemangat menjahit dan mengubahsuai pakaian pelanggan di kedainya di Gong Kapas di sini.

Lebih 60 tahun mencari rezeki dalam bidang itu, bapa kepada lima anak itu masih mampu menyiapkan tempahan yang diterima.

Menurutnya, pembabitan dia dalam bidang itu berlaku secara kebetulan dan lebih kepada mahu meringankan beban keluarga.

"Ketika itu, memang tiada pengalaman tetapi saya belajar sedikit demi sedikit dan akhirnya saya rasa seronok sehingga nekad menghadiri kelas menjahit.

"Daripada situ, perniagaan saya mula berkembang tetapi ia hanya dilakukan secara kecil-kecilan kerana saya tiada modal.

"Walaupun perniagaan saya tidak sebesar orang lain, tetapi ia cukup untuk saya membesarkan lima anak dengan pendapatan yang diperoleh hasil menjahit dan membaiki pakaian," kata datuk kepada tujuh cucu dan seorang cicit.

Nyam berkata, dia kini banyak mengambil tempahan pengubahsuaian pakaian berbanding membuat baju kerana bimbang tidak mampu menyiapkannya disebabkan tiada pembantu.

"Saya ada juga jahit baju kemeja dan baju Melayu tetapi sekarang ini tidak ambil terlalu banyak tempahan. Sekarang ini, saya lakukan kerana minat dan mahu mengisi masa lapang," katanya yang memberitahu kerap menjahit pakaian pelanggan tetap kerana tidak sampai hati menolak permintaan mereka.

Akuinya, setakat ini tiada mana-mana keturunannya yang mengikut jejak langkahnya sebagai tukang jahit, apatah lagi persaingan dalam bidang itu dan lebih mudah membeli pakaian siap.

Katanya, dia tidak memaksa anaknya mengambil alih perniagaan berkenaan, namun akan terus mengusahakannya selagi hayat dikandung badan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kang-jahit-85-tahun

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2022 10:12 AM | Show all posts
They are also the first to discover that the world is not flat stumble guys, and that the world is actually divided into four different continents.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 09:17 PM GMT+8 , Processed in 0.284104 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list