View: 337|Reply: 0
|
[Pulau Pinang]
Pusat belia, stadium mini RM45 juta di Kepala Batas
[Copy link]
|
|

Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican beramah mesra dengan peserta pertandingan e-Sukan Program Santai Anak Muda dan Majlis Perasmian ‘e-Sports Youth Cabin’ di Kepala Batas, malam tadi. - NSTP/NUR IZZATI MOHAMAD
KEPALA BATAS: Masyarakat di kawasan Parlimen Kepala Batas bakal menikmati kemudahan sukan baharu apabila sebuah pusat belia dilengkapi stadium mini bertaraf antarabangsa dibangunkan di Paya Keladi dengan kos keseluruhan RM45 juta dalam masa terdekat.
Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, berkata majlis pecah tanah projek itu dijangka disempurnakan tahun ini selepas peruntukan diluluskan dan kini di peringkat Kementerian Kewangan.
Katanya, pembinaan pusat belia berkenaan adalah salah satu usaha dirangkanya ketika memegang jawatan Menteri Belia dan Sukan bertujuan membawa lebih banyak acara untuk belia dan pembangunan sukan di kawasan berkenaan.
"Selepas stadium hoki dan padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Kadir dinaik taraf, kini sebuah pusat belia akan dibina dengan kos RM45 juta yang dijangka siap dalam tempoh dua tahun," katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas program Santai Anak Muda dan merasmikan 'eSports Youth Cabin' berhampiran Wisma UMNO Kepala Batas di sini, malam tadi, beliau berkata, pusat belia itu akan dibina di kawasan 10 hektar yang lengkap dengan segala kemudahan untuk aktiviti riadah dan sukan.
"Pusat itu akan mempunyai sebuah stadium mini moden yang dilengkapi lampu limpah, padang sintetik dan trek. Ada juga padang biasa untuk latihan balapan dan arena tertutup untuk sukan-sukan seperti bola keranjang dan badminton.
"Selain itu, ciri terpentingnya ialah ada arena 'e-Sport' (sukan elektronik) yang mempunyai fasiliti bertaraf antarabangsa. Jika ada sebarang kejohanan antarabangsa di Pulau Pinang, boleh dianjurkan di pusat belia ini," katanya yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Katanya, kemudahan penginapan atau asrama bercirikan kabin yang dilengkapi dengan kafe 'hipster' juga akan dibina di pusat belia berkenaan.
https://www.bharian.com.my/berit ... uta-di-kepala-batas |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|