CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1453|Reply: 1

Isteri bantu Justin Bieber pulih

[Copy link]
Post time 12-6-2022 09:13 PM | Show all posts |Read mode
Isteri bantu Justin Bieber pulih


Bieber berkongsi mata tidak dapat berkelip dan sukar tersenyum selepas virus menyerang saraf di telinga dan muka, baru-baru ini. Foto IG Justin Bieber


LOS ANGELES: Tidak lama selepas penyanyi sensasi, Justin Bieber mendedahkan dirinya mengalami lumpuh separuh wajah dipercayai akibat serangan virus dikenali sebagai Ramsay Hunt, isteri tersayang, Hailey Baldwin tampil memberi sokongan.

Baldwin menyatakan sokongan itu melalui perkongsian di Instagram Story (IGs) yang memaparkan klip video Bieber menerangkan kepada peminat berhubung penyakit dihidapi.


Bieber sentiasa ditemani isterinya, Baldwin ke mana sahaja terutama ketika membuat persembahan. Foto IG Justin Bieber

"Saya cintakan awak, sayang," luah model terkenal ini melalui entri berkenaan, beberapa jam selepas Bieber berkongsi keadaan dirinya.

Sebelum ini, melalui video berdurasi tiga minit, Bieber mendedahkan keadaan matanya yang tidak dapat berkelip dengan betul dan sukar tersenyum.

Biebe menjelaskan:

"Hai, saya ingin memaklumkan kepada anda tentang apa yang sedang berlaku. Jelas sekali, seperti yang anda boleh lihat pada wajah saya.

"Mata tidak berkelip dan tersenyum dari sisi wajah. Lubang hidung juga tidak bergerak, jadi berlaku keadaan di mana wajah saya lumpuh.

"Saya mengalami sindrom Ramsay Hunt yang berpunca virus yang menyerang saraf di telinga dan muka," katanya melalui rakaman video berkenaan, lapor agensi.

  


Susulan itu, Bieber terpaksa membatalkan beberapa siri konsert jelajah yang sudah dirancang sejak beberapa bulan lalu.

Malah, Bieber mengumumkan dia berehat seketika bagi memulihkan penyakitnya itu.

Penyanyi lagu Yummy itu yang sedang dalam siri jelajah konsert di Amerika Utara, membatalkan persembahan di Toronto, Washington DC dan New York.

Status konsert Bieber di Kuala Lumpur, Oktober depan masih belum diketahui.

"Saya tidak mampu melakukannya. Kepada peminat yang kecewa dengan pembatalan konsert berlangsung dalam masa terdekat, saya harap dapat memahami keadaan saya," kata Bieber. - AGENSI

Sumber:https://www.bharian.com.my/hibur ... justin-bieber-pulih

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2022 01:34 PM | Show all posts
Nice wife.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 03:33 AM GMT+8 , Processed in 0.040385 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list