CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2399|Reply: 24

Masa Azan Maghrib Lah Tarian Pertama Bermula, Bon Odori Hina Islam? - 4B

[Copy link]
Post time 13-6-2022 08:18 PM | Show all posts |Read mode
Gerakan Belia 4B Malaysia mempersoal tindakan penganjur festival Bon Odori yang sengaja memulakan acara itu menjelang waktu maghrib yang dianggap tidak sesuai kepada umat Islam yang ketika itu sibuk mahu menunaikan solat.


Pemangku Presidennya, Fahami Ashrof Badaruddin ketika dihubungi berkata, perkara itu juga bukan baharu kerana persembahan tarian pertama berlangsung amat meriah apabila azan maghrib dilaungkan konon sebagai tradisi Jepun.


“Saya tidak faham setiap tahun program ini mesti mula pukul 7 petang dan langsung tidak dihentikan ketika waktu maghrib seolah-olah penghinaan kepada syiar agama Islam,” katanya.




Foto: The Star




Festival anjuran Kedutaan Besar Jepun itu mencetuskan polemik setelah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad melarang penyertaan umat Islam.


Kenyataan tegas beliau itu turut disokong ramai mufti dari pelbagai negeri dan tokoh agama kerana program tersebut ada unsur pemujaan roh hantu dan bertentangan dengan akidah.


Bagaimanapun, Sultan Sharafuddin Shah menitahkan Jabatan Agama Islam Selangor tidak menyekat masyarakat Islam hadir atas alasan karnival itu hanyalah berbentuk kebudayaan.


Fahami Ashrof yang menjunjung titah Sultan Selangor imenyarankan penganjurnya agar peka dan bertolak ansur kepada sensitiviti majoriti umat Islam.


“Bayangkan, sudahlah mula waktu maghrib, tiada kemudahan surau disediakan pun waima peserta muslim tidak pula berhenti rehat seketika bagi mendirikan solat fardu,” katanya.


Selain itu, dia mempertikai tindakan penganjur tidak pernah memberi terjemahan kepada mantera pemujaan roh hantu nenek moyang bagi difahami para pengunjung Islam.




Sumber: UTUSAN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2022 11:56 PM | Show all posts

Barangkali kerajaan setempat boleh mengingatkan kpd penganjur BO agar majlis dimulakan selepas waktu maghrib. Kerajaan telahpun bertoleransi membenarkan BO diadakan di negara yg mengungguli Islam,  maka pihak penganjur pula haruslah bertoleransi/bertasamuh menjaga sensitiviti ummat Islam. Amat mengecewakan sekali jika ketika azan berkemundang, gendang dn tariannya beriringan  rancak memberi makan hantu2nya yg lapar disertai pula oleh anak2 Islam sendiri.
Apakah kita orang2 Islam sanggup dn redha melihat suasana begitu?
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2022 11:24 AM | Show all posts
kau nak faham apanya lagi..dah tentu itu perayaan puja roh nenek moyang demer..ater demer bukannya agama islam..udah kata ritu terang2 bertentangan dgn islam kan..ater nak suruh hormat megrib pulak..aduh...
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2022 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
drama melayu + cina pukul 7 tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2022 12:06 PM | Show all posts
kedai makan + karaoke Melayu
stat 6.30 sebelum Maghrib tersenyum sinis jgk
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2022 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Org islam jepun pun tak sambut perayaan ni, jgn nk apologetic sgt la semua perayaan org ko nak sambut.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-6-2022 12:24 PM | Show all posts
itu kan perayaan hantu lapar, memang lah kena mula ikut waktu dia, kita yang terikut-ikut keagamaan mereka yang bersalah. cakap lebih, kang ke dalam
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2022 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
dah waktu gedang & gelek tepat waktu senja, nak wat camner, mana boleh salahkan penganjur, dah nama budaya dia..si lobai sepatut sediakan khemah besar solat..sapa muslim menari waktu magrib..saman je lah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2022 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Korang ikut semata 'NAKKAN DIIKTIRAF DUNIA' ke??? So..bangga la ni dunia dh IKTIRAF korang???
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2022 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Depa bkn Islam kot. Lantak pi la nk mula pukul berapa pun.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2022 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
ex-wife aku pun dah tak pergi bon odori, dia kata lari dgn agama dia skrg

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2022 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Time magrib la hantu lapar
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2022 01:20 PM | Show all posts
orang islam kat jepun pon tak pernah sambot Bon Odori, kadang2 aku rasa kita je lebih2 fahami dan hayatilah islam dengan sebaik2nya
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2022 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh? Dulu2 ada je ruang untuk solat maghrib dekat sana. Pepandai moslem sendiri lah pergi solat, takkan nak kena hambat sorang2 suruh solat
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2022 03:13 PM | Show all posts
Dah tu kalau kat Jepun orang Islam kena adjust waktu berbuka ka macam mana nanti dikata menghina agama Shinto sebab kat sana depa majoriti dah chop dulu?

Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2022 08:00 PM | Show all posts
kecohh.. tu tb tiga suku duk tayang drama tersangkak time maghrib tak pulak kome bising

dgn jalan cerita ntah apa2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2022 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
drama akasia 7 hari mencintaiku tersenyum sinis..
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2022 10:10 PM | Show all posts
1. Event ni bukan budaya rakyat Malaysia.
2. Tiada siapa paksa umat Islam join. Tapi ramai pulak yang join. Adakah mereka setakat makan-makan sebelah petang atau join sekali aktiviti waktu maghrib?
3. Menari waktu maghrib tu memang budaya dia, yang orang melayu islam pergi ikut tu kenapa. Sepatutnya bila tengok waktu event tu pun dah tahu event ni tak sesuai untuk orang islam.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2022 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Azharitubunga replied at 14-6-2022 01:03 PM
Time magrib la hantu lapar

Masa maghrib byk hantu setan keluar. Mmg sesuai dgn sambutan hantu lapar jepun.


Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2022 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols penah pegi Bon Odori ni
Lamaa dah duluu masa muda2
Takda apa2 pun
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dah tak ada yang nak shopping di Nilai, sekarang jadi bandar hantu
RalineDah tak ada yang nak shopping di Nilai,
Views : 37528 Replies : 45
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 201626 Replies : 7502
Mental Intan Najuwa tak kuat, respect ibu yang jaga anak tak ada pembantu
RalineMental Intan Najuwa tak kuat, respect ib
Views : 10770 Replies : 9
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 119311 Replies : 5115
A Moment Like This, Ning
JoyahMengayahA Moment Like This, Ning
Views : 2992 Replies : 1
Suami padam gambar, rumah tangga Zehra Zambri bergolak?
RalineSuami padam gambar, rumah tangga Zehra Z
Views : 20016 Replies : 14
Ada yang menangis dan menyumpah seranah doktor-doktor sebab menzalimi orang nak tunaikan haji...ramai bakal jemaah 'Sangkut' Masa Check Up - "Automatik Gagal & Tak Layak Tunai Haji"
YgBenarAda yang menangis dan menyumpah seranah
Views : 7950 Replies : 159
Footballer Kertu Tanggal Seluar Dalam Demi Iklan
beggFootballer Kertu Tanggal Seluar Dalam De
Views : 34426 Replies : 72
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 144539 Replies : 1537
Anwar kenang Erdogan hulur bantuan di saat sukar
RalineAnwar kenang Erdogan hulur bantuan di sa
Views : 10567 Replies : 3

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 03:20 AM GMT+8 , Processed in 0.219466 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list