View: 1293|Reply: 27
|
[Dunia]
Bukan untuk berkhayal, kerajaan Thailand beri pokok ganja percuma kepada orang ramai
[Copy link]
|
|
Thailand melancarkan kempen mengagihkan satu juta tumbuhan ganja percuma kepada rakyatnya pada hari Jumaat, sehari selepas penggunaan untuk tujuan komersial tidak lagi menjadi jenayah.
Bagaimanapun, kerajaan negara jiran itu tidak menggalakkan orang ramai daripada menggunakan ganja untuk 'khayal' dan memberi amaran bahawa mereka masih boleh melanggar undang-undang.
Thailand menghalalkan ganja perubatan pada 2018 untuk kegunaan perubatan tetapi kini berhasrat untuk membangunkannya sebagai tanaman kontan tunai dan membina industri tempatan yang menguntungkan.
"Jangan gunakannya dan duduk sambil tersenyum di rumah dan tidak ada apa-apa kerja yang selesai. Perkara itu bukan dasar kami," kata Menteri Kesihatan Anutin Charnvirakul (gambar, bawah).
Dia berkata demikian pada majlis pelancaran di timur laut wilayah Buriram, dengan 1,000 tumbuhan pertama sedang diedarkan.
"Kami telah memadamkan stigma, ia dihakis seperti membuang tatu.
“Jangan biarkan ia kembali," katanya sambil menambah ganja harus digunakan untuk memperbaiki kesihatan.
Pada hari Khamis, ganja telah dinyahsenarai daripada senarai narkotik negara itu, membolehkan orang ramai menanam tumbuhan tersebut jika mereka mendaftar melalui aplikasi kerajaan.
Orang ramai beratur mendapatkan bekalan pokok ganja percuma daripada kerajaan Thailand.
Pihak berkuasa bagaimanapun tidak menggalakkan penggunaan bagi tujuan rekreasi manakala merokok ganja di tempat awam boleh membawa kepada hukuman penjara dan denda.
Kompaun psikoaktif dalam ganja, tetrahydrocannabinol atau THC, dihadkan kepada 0.2 peratus dalam ekstrak ganja dan produk yang boleh dijual di Thailand, termasuk minyak dan manisan gula-gula.
Menanam ganja di rumah memerlukan pendaftaran melalui aplikasi telefon pintar kerajaan, PlookGanja yang bermakna "tanam ganja".
Anutin berkata lebih 300,000 orang telah mendaftar dengan aplikasi itu, yang mempunyai jutaan muat turun daripada orang yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai ganja.
Menurut jabatan pemulihan Thailand, 3,000 orang telah dibebaskan dari penjara selepas ditahan atas jenayah berkaitan ganja sejak undang-undang diubah minggu ini.
https://www.malaysiakini.com/news/624289
|
|
|
|
|
|
|
|
Dari kaya kan drug lord better kaya kan gomen hehehehe
|
|
|
|
|
|
|
|
Nnt nk g Thai lg laaa..nk try weeds legally.hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Sempoi..
Tapi pada pandangan i, weed elok utk orang yg bermasalah saja. Yg sihat tak perlukan. Tak membawa apa2 kesan utk orang sihat unless to reach optimum meditation state. |
|
|
|
|
|
|
|
Sape yg dapat kontrak supply satu juta pokok ganja tu?
|
|
|
|
|
|
|
|
Haritu ada vid orang sana beli air ganja kat 7e. Kira air komersial. Boleh la beli berbotol2 tapi jangan bawak balik sini lak. ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
ezacbee replied at 14-6-2022 04:07 PM
Haritu ada vid orang sana beli air ganja kat 7e. Kira air komersial. Boleh la beli berbotol2 tapi ...
Klu bawa blk tp tukar bekas rasa2 lps x?nk try jual atas asbab ubat utk pesakit mcm Yasin brothers tu..
Lai la Lai laaa..hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Ganjar ni bukan buat kita rs gantuk ke.. |
|
|
|
|
|
|
|
sementara tak keluar lagi bad news ni, bolehlar berkuntum kat thailand
sebelum keluar restrictions baru pasal weed kat sana |
|
|
|
|
|
|
|
"Kami telah memadamkan stigma, ia dihakis seperti membuang tatu.
Orang Malaya mampu jeles ja lah Thailand dah jauh ke depan
Kat sini masih sibuk kejar pondan itu pun asik terlepas ja
|
|
|
|
|
|
|
|
ina_na replied at 14-6-2022 02:24 PM
Ganjar ni bukan buat kita rs gantuk ke..
Iyo lah …sis pernah try 3 pam teros berlari-lari anak ke jamban terberak-berak lepas tu rasa nak bebaring pulok sis! Serik.. huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat pula kelig akak yang pi jual pokok ganja innocently sebab tak kenal. Tapi ada customer yang kenal pokok tu, terus dibelinya dengan harga 20 hengget ja sepokok. |
|
|
|
|
|
|
|
ngantuk tu hg mabuk
ganja lebih pd hg lebih fokus...bkn fokus blaja ye...perbuatan...yg keje2 berat....mat rempit jd berani...biasa org pikul seguni simen...ko bleh pikul 2 guni...
bila hg ehem2 dgn bini pun tip top 3jam....eh byk lh...
yg salah guna tu sbb dh OD....tu hg pikiaq sendiri![](static/image/smiley/onion/run.gif)
btw nie jiran yg bgtau....![](static/image/smiley/onion/smile.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Kak-Rohana replied at 14-6-2022 02:30 PM
Iyo lah …sis pernah try 3 pam teros berlari-lari anak ke jamban terberak-berak lepas tu rasa nak ...
Kan..mcm mn la dia org kata leh bg stamina.. pelik gak ni sbb dl pernah try tergolek aku tido.. |
|
|
|
|
|
|
|
musangbodoh replied at 14-6-2022 02:49 PM
ngantuk tu hg mabuk
ganja lebih pd hg lebih fokus...bkn fokus blaja ye...perbuatan...yg keje2 bera ...
Ye ke..aku pernah try dl.. tergolek tido mengantuk..pd aku x tau celah mn stamina nye.. member budak laki mata merah je.. ni time study dl la..try sekali je gantuk benau..x tau la pulak benda lain |
|
|
|
|
|
|
|
The main psychoactive ingredient, THC, stimulates the part of your brain that responds to pleasure, like food and sex. That unleashes a chemical called dopamine, which gives you a euphoric, relaxed feeling.
|
|
|
|
|
|
|
|
It May Affect Your Mental Health
Not everyone’s experience with marijuana is pleasant. It often can leave you anxious, afraid, panicked, or paranoid. Using marijuana may raise your chances for clinical depression or worsen the symptoms of any mental disorders you already have.
|
|
|
|
|
|
|
|
Urraaa Ganja!
Urraa Ayam juga. 2+1. |
|
|
|
|
|
|
|
balik Malaysia, sangkut roadblock maut.. hehehhehehe
balai cerita dia cakap
|
|
|
|
|
|
|
| |
|