View: 419|Reply: 1
|
[Dunia]
Arab Saudi mansuh pelitup muka kecuali di Masjidil Haram, Masjid Nabawi
[Copy link]
|
|
Semua lokasi terbuka dan tertutup tidak memerlukan pemakaian pelitup muka kecuali di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. - Al Arabiya
Arab Saudi mansuh pelitup muka kecuali di Masjidil Haram, Masjid Nabawi
RIYADH – Arab Saudi mengumumkan penarikan semula langkah-langkah yang diambil sebelum ini untuk mencegah penularan Covid-19 termasuk keperluan memakai pelitup muka di tempat tertutup, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA).
Individu tidak lagi perlu memakai pelitup muka di kawasan tertutup kecuali Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah, sebagai tambahan kepada fasiliti kesihatan, acara awam, dan pengangkutan awam yang mahu mewajibkan peraturan itu.
Bukti vaksinasi pada aplikasi Tawakkalna tidak lagi diperlukan untuk memasuki bangunan awam, acara, kapal terbang dan pengangkutan awam lain, demikian menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi.
Rakyat yang ingin meninggalkan Arab Saudi dikehendaki mengambil dos penggalak ketiga selepas lapan bulan dan bukannya tiga bulan seperti sebelum ini.
Bagaimanapun, peraturan baharu itu tidak terpakai kepada orang di bawah kumpulan umur tertentu atau mereka yang telah dikecualikan daripada diberi vaksin oleh Kementerian Kesihatan.
Kementerian bagaimanapun terus menggalakkan orang ramai mengambil suntikan dos untuk melindungi diri mereka daripada virus Covid-19. – Agensi
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/06 ... aram-masjid-nabawi/
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|