CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 496|Reply: 0

SNS Meterai Perjanjian Taja Jamin IPO Dengan M&A Securities

[Copy link]
Post time 15-6-2022 09:57 AM | Show all posts |Read mode
Pembekal sistem teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan penyelesaian SNS Network Technology Bhd (SNS) memeterai satu Perjanjian taja jamin dengan M&A Securities Sdn Bhd.


Ia bersempena dengan pelaksanaan tawaran awam permulaan (IPO) untuk disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities.


IPO itu membabitkan terbitan awam sebanyak 362.9 juta saham baharu dalam SNS, mewakili 22.5 peratus daripada modal saham yang diperbesarkan dan tawaran untuk jualan sebanyak 48.4 juta saham sedia ada kepada pelabur terpilih melalui penempatan persendirian.



Dari kiri Kelvin Pah, Pengarah Eksekutif SNS Network Technology;Ko Yun Hung, Pengarah Urusan SNS Network Technology; Rachel Ho, Timbalan Ketua Kewangan Korporat M&A Securities Sdn Bhd; Datuk Bill Tan, Pengarah Urusan Kewangan Korporat M&A Securities dan Gary Ting, Ketua Kewangan Korporat M&A Securities.




Tambah syarikat berkenaan, daripada 362.9 juta saham baharu, 80.6 juta saham baharu akan disediakan kepada rakyat Malaysia melalui pengundian; 48.4 juta saham baharu untuk Pengarahnya yang layak, pekerja dan individu yang telah menyumbang kepada kumpulan SNS di bawah Peruntukan Borang Merah Jambu; 201.6 juta saham baharu dikhaskan untuk penempatan persendirian kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) manakala baki 32.3 juta saham baharu akan ditempatkan kepada pelabur terpilih.


"Selaras dengan Perjanjian Penajajaminan itu, M&A Securities akan menaja jamin sejumlah 129.0 juta saham baharu yang disediakan untuk permohonan oleh rakyat Malaysia dan Peruntukan Borang Merah Jambu.


"SNS terbabit terutamanya dalam penyediaan produk, perkhidmatan dan penyelesaian ICT. Aktiviti perniagaan teras Syarikat itu ialah penjualan produk ICT yang terdiri daripada perkakasan, peranti dan perkakasan berkaitan untuk jenama pihak ketiga dan jenamanya sendiri, JOI® melalui saluran kedai fizikalnya, saluran kedai dalam talian dan saluran komersial," kata kenyataan tersebut.


Selain itu, SNS juga terbabit dalam penyediaan perkhidmatan pembaikan peranti dan berkaitan untuk Apple serta penjualan perkhidmatan jalur lebar untuk Telekom Malaysia, Celcom dan Maxis.


Pengarah Urusan SNS, Ko Yun Hung, berkata pemeteraian perjanjian itu membawa syarikat itu selangkah lebih dekat ke arah penyenaraian di Bursa Securities.


"enyenaraian itu tepat pada masanya untuk Kumpulan kami kerana ia akan membolehkan kami memanfaatkan pasaran modal ekuiti untuk mengumpul dana bagi mempercepatkan pertumbuhan aktiviti perniagaan teras kami."


"andemik COVID-19 pada 2020 dan 2021 telah menyebabkan kerajaan mengenakan sekatan pergerakan bagi mengekang penularan virus itu. Ini telah meningkatkan permintaan untuk produk dan perkhidmatan ICT kerana pengaturan bekerja dari rumah dan kelas dalam talian untuk pelajar.


"andemik ini juga menjadi pemangkin kepada penerimaan pantas dan pelaksanaan inisiatif pendigitalan dalam perniagaan untuk menyesuaikan diri dengan normal baharu untuk kelestarian perniagaan. Oleh itu, dengan kebergantungan kepada ICT yang meningkat, permintaan untuk produk dan perkhidmatan ICT dijangka kekal kukuh pada masa hadapan," tambah beliau.


Modal diraih daripada IPO itu akan digunakan terutamanya untuk perbelanjaan modal untuk mengembangkan perkhidmatan berasaskan langganan DaaS Syarikat itu dan untuk membiayai sebahagian pembinaan Hab Serantau Syarikat yang baharu.


SNS dijadualkan akan disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Securities menjelang September 2022. -CARI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dah tak ada yang nak shopping di Nilai, sekarang jadi bandar hantu
RalineDah tak ada yang nak shopping di Nilai,
Views : 37528 Replies : 45
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 201626 Replies : 7502
Mental Intan Najuwa tak kuat, respect ibu yang jaga anak tak ada pembantu
RalineMental Intan Najuwa tak kuat, respect ib
Views : 10770 Replies : 9
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 119311 Replies : 5115
A Moment Like This, Ning
JoyahMengayahA Moment Like This, Ning
Views : 2992 Replies : 1
Suami padam gambar, rumah tangga Zehra Zambri bergolak?
RalineSuami padam gambar, rumah tangga Zehra Z
Views : 20016 Replies : 14
Ada yang menangis dan menyumpah seranah doktor-doktor sebab menzalimi orang nak tunaikan haji...ramai bakal jemaah 'Sangkut' Masa Check Up - "Automatik Gagal & Tak Layak Tunai Haji"
YgBenarAda yang menangis dan menyumpah seranah
Views : 7950 Replies : 159
Footballer Kertu Tanggal Seluar Dalam Demi Iklan
beggFootballer Kertu Tanggal Seluar Dalam De
Views : 34426 Replies : 72
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 144539 Replies : 1537
Anwar kenang Erdogan hulur bantuan di saat sukar
RalineAnwar kenang Erdogan hulur bantuan di sa
Views : 10567 Replies : 3

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 03:34 AM GMT+8 , Processed in 0.042167 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list