CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 420|Reply: 1

[Tempatan] Kain rentang 'Jangan hisap gam', Menteri Belia & Sukan anggap sebagai satu nasihat oleh penyokong Harimau Malaya

[Copy link]
Post time 15-6-2022 12:53 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dilihat bersikap terbuka terhadap satu kain rentang yang jelas ditujukan kepadanya pada aksi terakhir Kumpulan E Kelayakan Piala Asia 2023 membabitkan Harimau Malaya dengan Bangladesh, di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Kain rentang yang tertera perkataan 'Peja jgn sap gam!!!' (Peja jangan hisap gam) itu dilihat dipasang oleh segelintir penyokong Harimau Malaya sekali gus mencuri tumpuan peminat lain yang memenuhi stadium semalam.



Ia dipercayai berkaitan dengan kenyataannya ketika membela penjaga gol, Farizal Marlias susulan kesilapan dilakukannya hingga menyebabkan skuad kebangsaan tewas 1-2 kepada Bahrain dalam aksi kedua, Sabtu lalu.

Katanya, faktor luaran termasuk membabitkan lebih 63,000 penonton di stadium ketika perlawanan itu berlangsung juga harus diambil kira atas kekalahan itu apabila sorakan mereka secara tiba-tiba dilihat menyebabkan pemain skuad negara hilang fokus sewaktu perlawanan.

Beliau kemudian mengemukakan permohonan maaf serta mendakwa kenyataannya mengenai sokongan penyokong menjadi antara faktor kekalahan sebagai disalahertikan.

Menerusi ciapan di Twitter bersama gambar kain rentang berkenaan, Ahmad Faizal berkata ia dilihat bertujuan baik untuk memberi peringatan kepadanya.

"Nasihat yang amat baik kepada saya dan kepada semua!! Terima kasih!! Semoga Allah berkati segala kebaikan kita," katanya.

Pada aksi malam tadi, skuad negara bimbingan Kim Pan-gon menamatkan penantian selama 43 tahun apabila mengesahkan slot ke Piala Asia tahun depan selepas melakar kemenangan 4-1 ke atas Bangladesh, malam tadi.

Malaysia meraih salah satu slot naib juara terbaik sekali gus bakal berentap bersama 23 pasukan terbaik benua ini yang difahamkan bakal berlangsung sama ada di Qatar, Korea Selatan mahupun Australia pada pertengahan tahun depan.

https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2022/06/966174/ahmad-faizal-anggap-kritikan-hisap-gam-nasihat-baik


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2022 01:00 PM | Show all posts
koyak lettew dua2 pihak pun sama bengap
elok la sepadan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dah tak ada yang nak shopping di Nilai, sekarang jadi bandar hantu
RalineDah tak ada yang nak shopping di Nilai,
Views : 37528 Replies : 45
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 201626 Replies : 7502
Mental Intan Najuwa tak kuat, respect ibu yang jaga anak tak ada pembantu
RalineMental Intan Najuwa tak kuat, respect ib
Views : 10770 Replies : 9
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 119311 Replies : 5115
A Moment Like This, Ning
JoyahMengayahA Moment Like This, Ning
Views : 2992 Replies : 1
Suami padam gambar, rumah tangga Zehra Zambri bergolak?
RalineSuami padam gambar, rumah tangga Zehra Z
Views : 20016 Replies : 14
Ada yang menangis dan menyumpah seranah doktor-doktor sebab menzalimi orang nak tunaikan haji...ramai bakal jemaah 'Sangkut' Masa Check Up - "Automatik Gagal & Tak Layak Tunai Haji"
YgBenarAda yang menangis dan menyumpah seranah
Views : 7950 Replies : 159
Footballer Kertu Tanggal Seluar Dalam Demi Iklan
beggFootballer Kertu Tanggal Seluar Dalam De
Views : 34426 Replies : 72
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 144539 Replies : 1537
Anwar kenang Erdogan hulur bantuan di saat sukar
RalineAnwar kenang Erdogan hulur bantuan di sa
Views : 10567 Replies : 3

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 03:18 AM GMT+8 , Processed in 0.364540 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list