View: 4522|Reply: 44
|
Dihukum Penjara Seminggu, Bekas Isteri S.M Faisal Fail Semakan Kehakiman
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR – Bekas isteri ahli perniagaan terkemuka Datuk S.M Faisal S.M Nasimuddin memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara tujuh hari terhadapnya kerana mengubah tarikh lawatan anak-anak untuk bersama bapa mereka.
Emilia Hanafi, 43, selaku pemohon menyatakan, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur tiada bidang kuasa menjatuhkan hukuman itu kerana beliau menetap di Kajang, Selangor, bukan di Wilayah Persekutuan.
Permohonan bekas isteri Pengerusi Bersama Kumpulan Naza, itu bagi mendapat kebenaran memulakan semakan kehakiman akan didengar di Mahkamah Tinggi di sini pada 20 Julai ini di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Md. Shahid.
Foto: Kosmo
Pemohon memfailkan permohonan semakan kehakiman menerusi Tetuan Nizam Bashir & Associates di Mahkamah Tinggi pada 8 Jun lalu.
Ibu tiga anak itu menamakan S.M Faisal, 43, bekas ibu mentuanya Puan Sri Zaleha Ismail, 70, dan lima pihak lain sebagai responden.
Turut dinamakan sebagai responden iaitu Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur dan Kerajaan Malaysia.
Hari ini ditetapkan untuk pengurusan kes. Emilia diwakili oleh peguam Nizam Bashir manakala Ummi Kartini Abdul Latiff mewakili S. M Faisal dan Zaleha sementara Peguam Persekutuan Mohammad Sallehuddin Md Ali mewakili Jabatan Peguam Negara (AGC).
Dalam permohonan itu, Emilia menyatakan, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur hanya mempunyai bidang kuasa mahkamah tempatan yang terhad berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 4 Akta Undang-Undang Keluarga (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Emilia memohon suatu deklarasi bahawa Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur tidak memiliki bidang kuasa untuk mendengar prosiding komital dan menghukum individu yang bukan pemastautin Wilayah Persekutuan atas kesalahan menghina mahkamah.
Emilia memohon suatu perintah larangan untuk menahan prosiding komital syariah iaitu permohonan kebenaran mengeluar Notis Tunjuk Sebab (NTS) di Mahkamah Tinggi Syariah yang difailkan oleh S.M Faisal. –CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Hanya mampu hahahahahahaha saja... |
|
|
|
|
|
|
|
Huih. Tak habis lagi sengketa antara mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
alamat dlm ic kt mana?
Klu alamat dlm ic tulis kajang then mmg sahlah mahkamah syariah kl xde jurisdiction tp klu dlm ic mmg alamat kl mmg xde isu kt situ
Cuma penatlah tgk kes diaorg ni, bila nk settle |
|
|
|
|
|
|
|
Ada sambungan lagi rupanya |
|
|
|
|
|
|
|
zaman kejatuhan keluarga Naza is otw... lagi nak angkuh. ngn bekas isteri, ko layan mcm hanjeng, tp dgn puak sepet ko bagaikan nak menjilat jub** |
|
|
|
|
|
|
|
alaaa.. meluatnya pulak berita gini tak abes2 lagi.. bitter sbb tak dpt harta ke apa |
|
|
|
|
|
|
|
takayama: alamat dlm ic kt mana?Klu alamat dlm ic tulis kajang then mmg sahlah mahkamah syariah kl xde jurisdiction tp klu dlm ic mmg alamat kl mmg xde isu kt s ...
ooo ikut ic ye?ingtkn ikut alamat terkini mne duduk
|
|
|
|
|
|
|
|
br je smlm kaka seru..ini hari dh kua news naza clans hehe
|
|
|
|
|
|
|
|
Hidup lg derang ni. Bukan last time dia dpt rumah sri hartamas tu ke so agreement ambil anak2 kat sana tp tiap kali bekas laki nk ambil anak di bawa ke kajang then upload story anak2 tunggu tp pak nya x dtg mungkir janji padahal laki tercongok dpn rumah satu lg. Ke ni kes org lain i mixed up ?? |
|
|
|
|
|
|
|
Samerosie replied at 15-6-2022 06:40 PM
Hidup lg derang ni. Bukan last time dia dpt rumah sri hartamas tu ke so agreement ambil anak2 kat s ...
Haah kes yg ni ler... |
|
|
|
|
|
|
|
ular sawa kan ke ular tedung
|
|
|
|
|
|
|
|
Naza dan zaman AP kereta hampir over dah..atuk dah tak berdaya lagi nak angkat |
|
|
|
|
|
|
|
berapa banyak ek emy ni berhabis kat loyer.. bertukar tukar loyernya.. give up jelah emy..
perangai ex kau tu mmg hangsuang.. let it go jelah.. hidup dengan tenang. |
|
|
|
|
|
|
|
masa senaman kat sofa dia pakai spek jugak kan.. yekk
|
|
|
|
|
|
|
|
Samerosie replied at 15-6-2022 06:40 PM
Hidup lg derang ni. Bukan last time dia dpt rumah sri hartamas tu ke so agreement ambil anak2 kat s ...
Kalo perangai gini mmg layak masuk lokap sis...menyusahkan orang.part ko gaduh ngan laki or mak mertua tu lantaklah..tapi part anak nak spend time dgn bapak ko la jadi ulaq belit belit memang mendapatlah |
|
|
|
|
|
|
|
tak habis2 lagi kes diorang ni. letgo jelah kalau aku. tp maybe sbb emilia ni biasa hidup senang dah. lama kawin kan. tetiba bercerai kena hidup basic. mesti terkejut dan tak puas hati segala benda. tp dok berlawan dgn org banyak duit ni, kita yang tak berduitla kena bersedia dilanyak
gitu nasihat aku |
|
|
|
|
|
|
| |
|