View: 1407|Reply: 5
|
Terpaksa Pecah Rumah Sebab Mentua Buruk Siku Minta Pulangkan Pintu
[Copy link]
|
|
Tidak dinafikan ada pergolakan rumah tangga disebabkan konflik yang berlaku antara mentua dan menantu.
Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini di mana seorang individu terpaksa membaik pulih rumahnya gara-gara ibu mentua berkeras mahukan semula pintu yang pernah dihadiahkan kepadanya suatu ketika dahulu.
Menurut sumber, wanita itu bertindak sedemikian selepas si menantu nekad mahu berpisah dengan anaknya.
Bercerita lebih lanjut, individu ini mendakwa pada awalnya dia sudah menolak pemberian ibu mentuanya kerana pintu tersebut tidak sesuai dengan reka bentuk rumahnya, namun wanita itu berkeras dan mendesak supaya dia memasang juga pintu itu.
Menjengah ke ruangan komen, ada di antara netizen turut berkongsi pengalaman mereka yang pernah mempunyai konflik dengan mentua.
Tidak kurang juga ada yang meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan keluarga mentua yang sangat baik dan memahami.
Sumber: OhBulan |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab tu kadang lebih baik usaha beli sendiri dari terima pemberian orang sebab bila ada konflik mulalah pihak satu lagi tuntut pulangkan semua itu ini buat susah dikemudian hari |
|
|
|
|
|
|
|
Ni mesti yindon Bifoti nih |
|
|
|
|
|
|
|
Indo ni bkn blh caye sgt. Ada2 je kes mertua vs menantu yg pepelik |
|
|
|
|
|
|
|
asal makin berlambak cite indon mari ni... kat sini, kat benang semasa... |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|