CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1287|Reply: 19

[Dunia] Lelaki Malaysia menang laga ayam ditembak penduduk Thailand

[Copy link]
Post time 17-6-2022 09:38 AM | Show all posts |Read mode
Lelaki Malaysia menang laga ayam ditembak penduduk Thailand

https://www.kosmo.com.my/2022/06 ... -penduduk-thailand/

Oleh KOSMO!
16 Jun 2022, 2:58 pm


Ayam milik lelaki berkenaan menang dalam perlawanan tersebut, namun nasibnya berubah malang apabila ditembak penduduk tempatan. – Thaiger

BANGKOK – Seorang lelaki Malaysia yang masuk ke Thailand secara haram bagi menghadiri acara laga ayam ditembak di Sungai Golok, lapor laman berita tempatan, Thaiger semalam.

Insiden malam Sabtu lalu itu menyaksikan lelaki berkenaan berenang kembali ke negara asalnya dalam keadaan tangannya berlumuran darah.

Menurut laporan, ayam laga milik lelaki berkenaan menang dalam perlawanan tersebut, namun nasibnya bertukar malang apabila sekumpulan penduduk Thailand yang tidak berpuas hati, bertindak menembaknya pada bahagian tangan ketika dia dalam perjalanan pulang ke Malaysia.

Disebabkan bimbang berdepan masalah  dengan pihak berkuasa Thailand, lelaki itu memilih untuk  berenang masuk ke Malaysia bagi mendapatkan rawatan.

Dia sebelum itu dikatakan pergi ke Thailand secara haram untuk menghadiri acara laga ayam yang diadakan di seberang  Sungai Golok (sebelah Thailand).

Disebabkan enggan terlepas acara pembukaan, lelaki berkenaan masuk ke Thailand secara haram untuk menjimatkan masa meskipun beberapa rakannya menggunakan laluan yang sah.

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahinya apabila dia ditembak sebanyak tiga das oleh sekumpulan penduduk tempatan.

Salah satu tembakan itu mengenai bahagian tangannya. – Agensi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2022 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Elok mati terus la dari duk aniaya binatang mcm tu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 09:52 AM | Show all posts
scary nya. jgn main2 g negara org
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 09:53 AM | Show all posts
suka sgt menzalimi haiwankan..selayakyalah kiok

no alpatihah poor U..
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka...elok mati terus
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
adan uke, cash menganiaya ayam!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-6-2022 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
di negara orang..ko menang cara yg sah pon..ko mati.
kek Msia...msk HARAM,tinggal HARAM,kerja secara HARAM,buat kerja HARAM...pon ko aman2 jer.. jln lenggang kangkung.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 10:11 AM | Show all posts
cash on delivery
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2022 10:14 AM | Show all posts
Edited by capwayang at 17-6-2022 10:15 AM

..boleh buat movie. Kronologi cerita dia menarik. how he trained the chicken. menyelinap masuk secara haram ke Thailand. menang. cedera ditembak. berenang menyelamatkan diri melalui sungai. Kalau director filem pandai arah, berpotensi jadi setanding dengan filem The Shawshank Redemption itu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg kat sana tembak2 ni biasa. Berebut jwtn ketua kg pun tembak jgk.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Naseb arwah bukan founder product or retis, kalo tak pasti ade yg post di fb berjela2 kematian yg dicemburui
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 10:45 AM | Show all posts
Diorang ni tembak tembak macam tu takde rasa bersalah apa ke kalau mati? At least pukul pukul kasi lebam lebam badan dah lah, ni sampai tembak tembak kalau mampos terus macamana?
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 12:11 PM | Show all posts
capwayang replied at 17-6-2022 10:14 AM
..boleh buat movie. Kronologi cerita dia menarik. how he trained the chicken. menyelinap masuk secar ...

Dain Said sesuai jd director nya, read: Bunohan

Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
aHoi83 replied at 17-6-2022 10:30 AM
Naseb arwah bukan founder product or retis, kalo tak pasti ade yg post di fb berjela2 kematian yg di ...

belum mampos rasanya yg kena tembak ni, tak cite pon penganiaya ayam maut ditembak
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 12:46 PM | Show all posts
laga ayam ni antara judi yg popular, ada sorang cina , bapak dia director company besar, malaysia, kaki main judi ayam gak area perak ni, ( tempat specific di rahsiakan) dtg bawa bodyguard bagai, duit berkepok2

main judi ayam ni peserta pn kena genster gak, nak pulak main dgn indon, ada indon dah kalah tayang kerambit, ada yg dah kalah cuba lari..

jd peserta pn kena la genster juga, dia tunjuk kerambit, ko tunjuk pisau rambo,

dia lari ko panggil kawan2 kejar dan ketuk kepala dia,

ko lari? ko tak bayar? bersedia la nnti kena belasah persis along belasah peminjam tak bayar...

sebab tu org bisnes along laku maa... org judi laga ayam pakai duit along,

wa pn tak pernah tgk live lg, sebab member wa budak cheras ckp jgn la, nnti ko syok , lama2 abis duit kt situ, tu tak kira kantoi polis lg,

member wa genster cheras tu pn dah g umrah jd ahli masjid selepas 2015..

so kt siam ni, mgkn dia kalah tak bayar, atau menang ugut yg kalah, dan ejek2 lagi yg kalah, so bergasak la korang

sebab itu islam haram kan judi, rasa ni perangai arab jahiliyah, judi akan membawa kepada permusuhan...
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 01:02 PM | Show all posts
aduhaiiii seram pulak negara jiran
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2022 01:06 PM | Show all posts
menang2 pon kne tembak.. balasan cash tu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 02:01 PM | Show all posts
Dah tahu risikonya tinggi gigih juga nak joint main
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 02:03 PM | Show all posts
dia masuk secara haram ke? dalam artikel takde sebut pon

/s
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 02:57 PM | Show all posts
mungkin diorg nak tembak ayam tu
tertembak tuannya pulak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 12:41 PM GMT+8 , Processed in 0.167778 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list