CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1108|Reply: 2

Walau Dihina Berkali-kali, Wanita Muka Berkedut Ketika Hamil Syukur Suami Sentiasa Setia

[Copy link]
Post time 17-6-2022 10:09 AM | Show all posts |Read mode
Sumber: Tiktok Una Atirah


Untuk pengetahuan semua, setiap ibu mengandung pasti akan melalui fasa perubahan hormon dan fizikal yang berbeza-beza. Hal yang paling ditakuti oleh ibu mengandung adalah perubahan di bahagian wajah. Walaupun perubahan itu hanya sementara namun bayangkan perasaan jika kita harus menanggung perubahan di tubuh badan kita untuk sembilan bulan. Sudah pasti ramai yang akan menegur!


Itulah yang terjadi kepada seorang pengguna Tiktok yang dikenali seabgai Una Atirah. Menurut wanita ini, wajahnya menjadi berkedut sewaktu mengandung anak pertama dan keduanya. Walaupun dia tidak pernah tahu apakah punca sebenar kedutan itu terjadi namun dia mengesyaki bahawa ia berkait rapat dengan alahan pembawakan budak.





Wanita ini juga akui bahawa sepanjang mengandung,  emosinya menjadi turun naik kerana berasa malu dengan perubahan dirinya terutamanya apabila berdepan dengan individu yang toksik dan 'bermulut longkang'. Namun, wanita ini sangat bersyukur kerana mempunyai seorang suami yang setia dan sudi memberi kata-kata semangat kepadanya  sehingga wajahnya kembali normal setelah habis berpantang.


Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji suami wanita itu yang telah memberi sokongan kepada wanita itu.




Sumber: Tiktok Una Atirah







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2022 11:21 AM | Show all posts
..hat yang sebelum tu pun mekap tebal sekati macam pengantin indon tu kan...buang mekap maybe beza sikit je kulit kusam & kedut sebab hormon...
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Adalah tu kut imbalance hormone dlm body dia tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:39 PM GMT+8 , Processed in 0.514921 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list