CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5957|Reply: 107

Seharian Di Taska Sebab Ibu Bapa Sibuk Bekerja, Punca Ramai Kanak-Kanak Di Putrajaya Terbantut

[Copy link]
Post time 17-6-2022 10:53 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Putrajaya negeri kedua terkaya di Malaysia berdasarkan pendapatan penengah. Namun, ia merekodkan kadar bantut kanak-kanak keempat tertinggi di negara ini. Mengapa?


Ramai yang terkejut apabila mendapat tahu kadar bantut kanak-kanak di Putrajaya adalah 24.3 peratus, seperti yang dilaporkan melalui Tinjauan Kebangsaan Kesihatan Malaysia (NHMS) 2016. Kadar ini lebih tinggi dari kadar prevalens negara ketika itu, iaitu 20.7 peratus.


Kadar bantut yang tinggi sering dikaitkan dengan kawasan pedalaman dan kemiskinan tegar. Namun pada tahun 2020, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan Putrajaya mempunyai kadar kemiskinan terendah di Malaysia.


Foto: Harian Metro




Manakala negeri dengan kadar bantut kanak-kanak tertinggi pula ialah Kelantan diikuti Terengganu dan Pahang, seperti yang dilaporkan dalam NHMS 2016. Ketiga-tiga negeri ini merekodkan antara kadar miskin tegar tertinggi negara ini.


Statistik DOSM menunjukkan 79.7 peratus daripada 32,700 isi rumah di Putrajaya merupakan pekerja bergaji.


Jadi mengapa kadar bantut kanak-kanak di Putrajaya begitu tinggi hingga melangkaui kadar bantut di Sabah – negeri dengan kadar miskin tegar tertinggi di Malaysia?




SEHARIAN DI PUSAT JAGAAN


Itulah juga soalan yang diutarakan Timbalan Pengarah (Pemakanan) Cawangan Pemakanan Keluarga Kementerian Kesihatan, Zaiton Daud.


"Sering kita sebut tentang betapa majunya Putrajaya dan bagaimana majoriti penduduk di sana kakitangan kerajaan, maka dari segi jaminan pendapatan mungkin tidak banyak masalah. Jadi, mengapa kadar bantut Putrajaya begitu tinggi sekali?


"Set data yang sama menunjukkan kadar bantut terendah ialah di Kuala Lumpur, pada 10.5 peratus. Ini pelik. Apa bezanya Kuala Lumpur dengan Putrajaya?" soalnya ketika bercakap dalam forum dalam talian bertajuk Kanak-Kanak Bantut: Pencegahan dan Model Solusi, anjuran Pertubuhan IKRAM Malaysia.


Katanya Kementerian Kesihatan sedar bantut bukan sekadar masalah nutrisi. Pelbagai faktor lain mempengaruhi kadar bantut seperti kadar celik kesihatan, persekitaran dan akses kepada penjagaan kesihatan.


Zaiton percaya apa yang berlaku di Putrajaya disebabkan kanak-kanak kecil menghabiskan masa terlalu lama di bawah penjagaan taska. Ini mengakibatkan mereka lebih berpotensi terdedah kepada amalan pemakanan kurang baik seperti tidak mendapat makanan yang cukup atau berkhasiat.


Kebanyakan keluarga di Putrajaya pula terdiri daripada ibu bapa bekerja, menyebabkan anak-anak hampir seharian di taska.


"Inilah yang mengganggu amalan pemakanan anak-anak. Ketika mengambil anak-anak dari taska pula, ibu bapa dalam keadaan penat selepas seharian bekerja. Sukar untuk memberikan yang terbaik kepada keluarga apabila diri sendiri keletihan.


"Adakah lagi tenaga untuk menyediakan makanan berkhasiat di rumah, atau mungkinkah mereka akan "tapau" sahaja?" katanya.


Persoalan ini penting kerana keterbantutan salah satu ukuran utama bagi mengenal pasti masalah malnutrisi kronik dalam kalangan kanak-kanak. Selain fizikal yang pendek, malnutrisi kronik boleh menyebabkan seorang kanak-kanak mengalami masalah kesihatan sepanjang hayat.


   
SUKAR DIPANTAU


Bukan semua taska di Putrajaya berdaftar dan ini menyebabkan situasi ini sukar dipantau dan dikawal, kata Zaiton.


Taska berdaftar diwajibkan mematuhi peraturan dan undang-undang ketat yang memastikan kanak-kanak mendapat penjagaan terbaik selari dengan Akta Kanak-kanak 611 dan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984.


Di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984, mana-mana individu sama ada pengusaha, pengurus, penyelia atau pengasuh yang bekerja di taska wajib mengikuti dan lulus Kursus Asuhan Permata. Ini meliputi latihan dalam penjagaan, keselamatan dan penyediaan makanan seimbang bagi bayi dan kanak-kanak di pusat asuhan.


Setakat 8 Mac 2022, terdapat 63 taska berdaftar di Putrajaya dengan 28 daripadanya beroperasi di premis tempat kerja.


Bagaimanapun, jumlah ini terlalu sedikit untuk menampung keperluan penjagaan populasi kanak-kanak bawah lima tahun di Putrajaya yang dianggarkan seramai 13,200 orang pada tahun 2020, menurut data DOSM.


Situasi ini menyebabkan ibu bapa kurang pilihan dan terpaksa menghantar anak-anak ke pusat asuhan tidak berdaftar.


Malangnya, pilihan sedemikian boleh mendatangkan kesan yang serius.


Kualiti penjagaan di taska berkemungkinan besar penyebab utama kadar bantut kanak-kanak di Putrajaya begitu tinggi. Walaupun kenyataan ini belum dapat dibuktikan secara konklusif, setidak-tidaknya ia dapat menerangkan mengapa kadar bantut di Malaysia melangkaui perbezaan pendapatan, kaum dan jurang bandar-desa.


Bagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa kanak-kanak dari isi rumah dengan pendapatan rendah jauh lebih berkemungkinan menjadi bantut kerana mereka lebih terdedah kepada faktor penyebab tersembunyi seperti kesukaran mendapatkan makanan berkhasiat, penjagaan kesihatan dan sistem sanitasi yang baik.


Pengasuh di taska dan pusat penjagaan kanak-kanak berdaftar memang sentiasa dilatih dan dilengkapi dengan cara penjagaan dan panduan pemakanan bagi kanak-kanak dan bayi, namun situasinya mungkin berbeza di taska tidak berdaftar.


Walaupun begitu, ibu bapa terutamanya mereka yang berpendapatan rendah lebih memilih untuk menghantar anak ke taska tidak berdaftar kerana faktor yuran yang rendah selain senarai menunggu yang tidak lama.


   
IBU BAPA KURANG PENDIDIKAN
  
Mungkin itu yang berlaku di Putrajaya, kata Ketua Jabatan Pemakanan dan Dietetik di Universiti Putra Malaysia Prof Dr Norhasmah Sulaiman.


"Bukan semua yang tinggal di Putrajaya itu berpendapatan tinggi. Ramai yang boleh kita kategorikan dalam golongan B40. Saya rasa inilah sebab kadar bantut kanak-kanak di Putrajaya begitu tinggi, kerana ramai sebenarnya miskin bandar.


"Jurang pendapatan di Putrajaya sangat luas. Kos sara hidup juga tinggi. Saya yakin kebanyakan ibu di Putrajaya bekerja dan terpaksa menghantar anak ke taska, jadi mereka sukar hendak pastikan anak-anak mendapat makanan berkhasiat," katanya.


Untuk mengelakkan bantut, adalah penting untuk menjaga pengambilan nutrisi kanak-kanak dalam 1,000 hari pertama kehidupan yang bermula dari dalam kandungan. Jika gagal mengawal kualiti pemakanan atau membetulkan masalah bantut dalam tempoh itu, kanak-kanak yang terkesan akan mengalami masalah sepanjang hayat. Ini termasuk keciciran dalam akademik, kesukaran mendapat pekerjaan baik dan lebih berisiko mendapat penyakit.


Negara yang mengalami masalah bantut juga secara purata kerugian tujuh peratus pendapatan per kapita, menurut satu kajian World Bank.


Norhasmah berkata, Kementerian Kesihatan sudah menjalankan pelbagai usaha untuk mendidik pengasuh tentang amalan pemakanan terbaik bagi kanak-kanak.


Bagaimanapun, masih ada faktor lain yang menyumbang kepada permasalahan itu. Antaranya, tahap pendidikan ibu bapa atau yang lebih khusus tahap pendidikan si ibu.


Merujuk kepada satu kajian yang diterbitkan dalam The Lancet, beliau berkata, ada beberapa kluster penyebab kadar bantut meningkat.


"Kluster pertama ialah pendidikan ibu bapa yang berkait rapat dengan keadaan sosioekonomi mereka. Kluster kedua yang dibincangkan ialah tahap pendidikan si ibu dan bagaimana ia mempengaruhi cara seorang ibu mengendalikan amalan pemakanan di rumah," jelasnya.


Katanya perkara ini boleh dinilai melalui peruntukan sumber dalam isi rumah.


"Adakah si ibu mengutamakan pemakanan? Apabila anak-anak menghabiskan lebih lapan jam sehari di taska, bagaimana ibu yang bekerja memastikan anak-anak mendapat zat makanan secukupnya?


"Kadangkala ibu bapa berpendapatan tinggi tetapi kadar bantut dalam kalangan keluarga sedemikian masih tinggi. Mengapa? Mungkin kerana terlalu sibuk sehingga tidak dapat menyediakan hidangan berkhasiat untuk anak-anak. Mungkin juga mereka tidak sedar betapa pentingnya penyediaan makanan berkhasiat untuk pertumbuhan kanak-kanak," katanya.


Menurut NHMS 2016, sekitar 19.2 peratus kanak-kanak Malaysia berusia 6 hingga 23 bulan tidak mencapai jumlah minimum pengambilan hidangan yang disyorkan.


   
TIADA BANYAK PILIHAN


Isu penderaan di taska dan pusat penjagaan kanak-kanak di Putrajaya juga agak kerap dilaporkan di media massa dalam tempoh 10 tahun ini.


"Terdapat data yang menunjukkan kadar penderaan kanak-kanak di taska Putrajaya sangat tinggi. Saya yakin kadar penderaan yang tinggi di taska ada hubungan dengan kadar bantut di wilayah itu," kata Dr Amar HSS Singh, seorang pakar pediatrik yang pernah berkhidmat selama 40 tahun di bawah Kementerian Kesihatan.


Garasi Bernama cuba mendapatkan data yang dimaksudkan dari laman web Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) namun tidak berjaya. Koleksi data yang tersedia untuk capaian umum hanyalah ringkasan statistik kes penderaan yang dikira sebagai kesalahan di bawah Akta Kanak-kanak 2001. Jumlah kes penderaan pula tidak dikategorikan mengikut negeri atau taska yang terlibat.


Keluarga yang hanya ibu atau bapa bekerja memang bergelut dengan kos sara hidup sejak sebelum pandemik Covid-19. Yang pastinya situasi pandemik ini menyebabkan keadaan semakin teruk dan memaksa lebih ramai ahli keluarga keluar mencari rezeki demi kelangsungan hidup. Jika kedua-dua ibu bapa terpaksa bekerja, tentunya penjagaan anak-anak terpaksa diserahkan kepada pihak lain. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2022 11:17 AM | Show all posts
so sapa yg kata gomen takde banyak keje tuuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 11:29 AM | Show all posts
mmg la,kan penduduk putrajaya setengahnya org pedalaman dan org kampung,
tunggu la 10 tahun lagi baru kuarkan statistik
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Fuhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by krustykrab at 17-6-2022 11:40 AM

Bukan org kelate mmg pendek2 ke? Dah kalau parents pendek2 takkn lah nk expect anak2 tinggi2.

Cer tgk peratus penduduk kt putrajaya asal mana?
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
copy_paste replied at 17-6-2022 03:29 AM
mmg la,kan penduduk putrajaya setengahnya org pedalaman dan org kampung,
tunggu la 10 tahun lagi bar ...

Aaaaah makes sense.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-6-2022 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Aiol ingat Sabah top 3 nugri paling bantut pindik2 tagaps di Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 11:43 AM | Show all posts
dua_chzy replied at 17-6-2022 11:41 AM
Aiol ingat Sabah top 3 nugri paling bantut pindik2 tagaps di Malaysia.

sabah tu dah mmg keturunan,makan byk mana pun tinggi tu je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2022 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
copy_paste replied at 17-6-2022 03:43 AM
sabah tu dah mmg keturunan,makan byk mana pun tinggi tu je

Tapi sukor la idok masuk top 3. Mungkin nombor 5 la kot.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Org gomen mmg kontot2 pn. Dah la kontot kembang gemuk plk kahkahh. Aku jd giant klo g situ
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 02:19 PM | Show all posts
Negara lain ramai je mak pak sibuk kerja tapi tak ada pulak anak2nya bantut.  Kalau keturunan bantut tak kan tetiba anaknya boleh jadi renjong.  Satu lagi kurang vitamin, kurang nak makan sayur sayuran dan buahbuahan lebih suka makan makanan segera dan makanan process itulah hasilnya.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 17-6-2022 11:41 AM
Aiol ingat Sabah top 3 nugri paling bantut pindik2 tagaps di Malaysia.

Itu di tempat ko jer chazey, di pantai timur tinggi2 juga diaorg mungkin pemakanan diaorg bnyk makan ikan

Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Org kelantan aku jumpa memg rendah, kawen pun dgn org kelantan juga
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Soalan..apa beza kuala lumpur dan putrajaya?
Boleh tak iols nk speku kuala lumpur ramai chinese, putrajaya susah nk jumpa chinese.
Mcm x lojik je ibu bapa bz jadi anak tinggal lama kat taska menyebabkan putrajaya jd tempat paling tinggi kadar bantut. Kuala lumpur dan selangor, jb pun bz jugak..ibu bapa sampai maghrib juga..so iols rasa pendapat forumer yg putrajaya ramai org asal kelantan makes sense sbb bantut ni ada kaitan jugak kot dfn keturunan..sbb artikel tu pun sebut negeri yang kadar bantut tertinggi adalah kelantan.
Part takleh pantau taska kat putrajaya sbb taska tak berdaftar tu , rasanya taska kat kl dan selangor pun bykkkk je x berdaftar.
Part nutrisi pula erm, adakah parents putrajaya ni malas nk sediakan makanan berkhasiat kat anak2?
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Duduk taska makan tak cukup dan berkira. Kesian. Budak2 balik rumah lapar. Mak penat order grabfood atau bagi fast food je.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
I ada hantar my doter 2+ yo ke 1 day playschool... Girls/boys 4 for 5 yo baru sama besar dan tinggi my doter...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2022 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Org skrg mmg rendah2 je sbb tu baya adik2 iolss anak2 semua bantut. Tp kesian kat adik iolss lah sbb dia paling tinggi kena dok kat belakang sekali. Time darjah 1, org ingat dia darjah 3. Ni dah darjah 3 pakai baju 12 tahun. Susah sikit nak jumpa budak tinggi kalau keturunan mmg dah rendah
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Gomen dah tau taska mahal buat la banyak lagi taska bersubsidi
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 17-6-2022 11:41 AM
Aiol ingat Sabah top 3 nugri paling bantut pindik2 tagaps di Malaysia.

bantut itu pondan..itu kalo...teruk la putrajaya...
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Adakah sbb populasi putrajaya ramai yg berasal dari sskjp??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kanye West hilang!
BicaraHatikuKanye West hilang!
Views : 6638 Replies : 9
Imran Bard mohon maaf hasilkan ‘content’ berunsurkan LGBT - "Tuduhan itu adalah sesuatu yang sangat berat"
RalineImran Bard mohon maaf hasilkan ‘content
Views : 3068 Replies : 6
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 202634 Replies : 7527
Zazzleen dikutuk penyanyi suara berkahak, sama nasib macam Cakra Khan
RalineZazzleen dikutuk penyanyi suara berkahak
Views : 30567 Replies : 16
Wanita bengang- adik ipar rakam dan sebar video anak pakai lampin tak berpakaian
RalineWanita bengang- adik ipar rakam dan seba
Views : 29548 Replies : 1
Kastam bingung KLIA 'laluan panas' seludup haiwan liar
RalineKastam bingung KLIA 'laluan panas
Views : 30644 Replies : 19
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 120005 Replies : 5128
Bekas pengerusi masjid di Kerteh didakwa kemuka nama asnaf tak layak terima zakat
RalineBekas pengerusi masjid di Kerteh didakwa
Views : 36494 Replies : 14
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 4918 Replies : 6
Pelajar Cemerlang Perakaunan Peringkat Dunia Maut Kemalangan
^CUN_GILA~.Pelajar Cemerlang Perakaunan Peringkat D
Views : 29591 Replies : 39

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 12:19 PM GMT+8 , Processed in 0.238943 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list