CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2799|Reply: 37

[Tempatan] Orang ramai kesal, video bayi mengandungi bahasa carut

[Copy link]
Post time 17-6-2022 10:57 AM | Show all posts |Read mode
Orang ramai kesal, video bayi mengandungi bahasa carut

https://www.kosmo.com.my/2022/06 ... dungi-bahasa-carut/

Oleh KOSMO!
17 Jun 2022, 10:27 am


Tangkap layar yang memaparkan video seorang bayi di sebuah wad dengan menggunakan suara latar mengandungi bahasa kurang sesuai.

PETALING JAYA – Tindakan seorang individu dipercayai jururawat memuat naik sebuah video dengan menggunakan suara latar yang mengandungi bahasa ‘carut’ mengundang perasaan kurang senang orang ramai.

Video berdurasi 10 saat itu memaparkan seorang bayi yang dipercayai sedang menangis di dalam inkubator di sebuah wad namun lokasi kejadian tidak diketahui.

Suara latar video terbabit dipercayai diambil di aplikasi TikTok yang berbunyi ‘Ini kalau hari-hari, letihlah si*l, ini apa benda h*n*t’.

Video berkenaan telah ditonton lebih 194,000 kali dan mendapat lebih 2,525 ulang ciap di Twitter.

Pengguna media sosial juga turut meninggalkan komen menasihatkan agar individu yang memuat naik video berkenaan supaya lebih sensitif termasuk menjaga aib keluarga bayi terbabit.

“Paling benci kandungan macam ini, Kalau rasa kerja itu tak ikhlas terutamanya bila anda bekerja dalam sektor ini, baik tak payah. Lepas itu muat naik pula content macam ini, tak kelakar pun,” kata @anis

“Ibu bapa nak ambil gambar anak untuk tatapan peribadi pun tak boleh, tiba-tiba nurse ini muat naik kat media sosial, Semua polisi boleh eh? etika dalam pekerjaan?.” kata @apam

“Harap orang yang merakam video itu diambil tindakan tatatertib, masa anak masuk NICU tak bagi langsung ambil gambar dan kita faham. Yang ini boleh sesuka hati rakam anak orang dan post di TikTok,” jelas @zurin. – KOSMO! ONLINE

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2022 11:03 AM | Show all posts
Keji sgt2 nurse yang upload video tu!  Semata2 nak buat content, sanggup buat perkara keji!
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 11:13 AM | Show all posts
sapa2 penjawat awam ni main tiktok masa keja
pastu up bnde bukan2
pecat je pastu xpayah bg pencen
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat sekolah kalau cikgu sialkan, hanatkan anak kau, reti pula kau marah kan?
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
renko replied at 17-6-2022 03:13 AM
sapa2 penjawat awam ni main tiktok masa keja
pastu up bnde bukan2
pecat je pastu xpayah bg pencen


Ntah. Bodoh takda akal. Baik pecahkan kepala, ambik otak, tabur kat tanah bagi ayam makan yach ummah sebegini.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 11:23 AM | Show all posts
Makan apa org lani ek. Buat apa2 mcm tak payah pikir pulak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-6-2022 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 17-6-2022 03:24 AM

Ni sah2 kat NICU kan? Celaka la kau. NICU tu kalau tempat akak, mak pak lansung takleh masuk tengok baby pun yach tanpa kebenaran hospital (kerana masih ikut SOP Covid). Memang parents harapkan doktor/nurse saja jaga anak selagi tidak dibenarkan menjaga sendiri. Kot buat silap ka hapa masa handle anak, takdanya parents tahu.

Moga natang ni digantung tugas oleh KKM. Baru reti berfikir.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 11:24 AM | Show all posts
main tiktok waktu keja pendapatan awak adalah haram
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2022 11:24 AM | Show all posts
kenapa ya sekarang mudah benar org maki2 guna perkataan kesat, rude, vulgar dan apa2 yang sama erti dengannya. parents, family dan sedara mara aku tak guna perkataan2 macam tu and i am not used to it. tapi ada kawan ofis ni f word mmg tak lepas dari mulut dia. i is serem. and kalau dengar anak2 buah guna perkataan buruk walau sekadar bergurau pun mmg aku marah. sbb kat rumah .. kami yang tua2 ni tak sebut kata2 kesat walau tengah marah macamana sekali pun.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 11:26 AM | Show all posts
dua_chzy replied at 17-6-2022 11:20 AM
Ntah. Bodoh takda akal. Baik pecahkan kepala, ambik otak, tabur kat tanah bagi ayam makan yach umm ...

itu pun kot ayam tu lalu la nk mkn otak dia tu
entah dah hangit
tu sebab samdol semcm
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 11:27 AM | Show all posts
harap ada sapa2 jumpa nama acc dia
maki dia cukup kt situ
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 11:28 AM | Show all posts
mesti dh dpt byk kumpul new followers, watching time, likes etc
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Cokoro at 12-7-2022 08:57 PM

Amende lahhh
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 11:36 AM | Show all posts
Template laporan berita viral masakini

Ceritakan apa yang berlaku (1 ayat)

Video berdurasi XX saat itu memaparkan bla bla bla namun lokasi kejadian tidak diketahui(ayat wajib)

Suara latar video terbabit dipercayai diambil di aplikasi YYY yang berbunyi ‘*** si*l, ini apa benda h*n*t’

Video berkenaan telah ditonton lebih ZZZ,000 kali dan mendapat lebih WWW ulang ciap di Twitter.

Pengguna media sosial juga turut meninggalkan komen .....

“ ” kata @kakiku
“ ” kata @Pooh~key
“ ” kata @Changa

Send!


Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 11:44 AM | Show all posts
Ayat ‘Ini kalau hari-hari, letihlah si*l, ini apa benda h*n*t’ tu bersepah budak2 letak kat video masing2. Nurse ni pegi letak kat video dia memang mendapatlah....
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 02:12 PM | Show all posts
Buruknya perangai vibe kurang baik dipaparkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2022 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Gara2 tiktok..semua kerjaya yg dulu dipandang mulia semua dah jadi low class dah skrg
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2022 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 17-6-2022 11:36 AM
Template laporan berita viral masakini

Ceritakan apa yang berlaku (1 ayat)

Senang journalist nak buat cerita sekarang ye dak sis? Kohkohkohkohkohkoh.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2022 11:11 AM | Show all posts
tp kenapa x boleh ada hari2 kes begitu? soalan serius
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2022 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
pittjie replied at 17-6-2022 11:24 AM
kenapa ya sekarang mudah benar org maki2 guna perkataan kesat, rude, vulgar dan apa2 yang sama erti  ...

jgn lupa..dunia sudah mengalami banyak perubahan...manusia saling menekan,nakkan kesempurnaan...benda semacam ni banyak menganggu akal fikir dan emosi manusia....contoh dan bukti...komen2 forumer Cari.( sad but true).
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 12:28 PM GMT+8 , Processed in 0.062317 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list